20 July 2014

Roti Jala.. sedap!

Assalam..

Kelmarin teringin sangat nak makan roti jala.. di sebabkan tahun ni kita ban beli kat pasar ramadhan.. cik abg nak homecooked meals semua..so kena la try buat kan.. so saya try resepi ni kat blog cik azlita masam manis.. sedap tau.. roti jala nya tetap lembut je & bahan2 pun mudah tau..!

Ni resepinya.. (* nak tulis gak walaupun korang boleh je klik link tu  :P )

2 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/4 cawan minyak
sedikit pewarna kuning (* dalam 1/4 tsp)
sedikit garam (*1 tsp)
acuan roti jala

Cara :

1- Campurkan semua bahan2, pukul sebati dan sekata .. nak pakai blender pun boleh..
2- Tapiskan adunan. Nak make sure tak de bintil2 tepung..etc
3- Panaskan kuali leper.. tak yah guna minyak, nanti roti jala jadi garing!
4- Kuali da panas, boleh la menjala.. nak buat pusing bulat2 boleh, nak buat petak2 pun boleh ikut
    suka masing2 la asalkan rupa jala.. bukan rupa lempeng lak tau!
5- Tunggu hingga 1-2 minit, tak yah terbalikkan.. boleh la angkat & lipat @ gulung
6- Ulang no. 4 hingga habis.. boleh la dapat dalam 20 + keping..

P/s: kalau rasa2 adunan pekat, boleh la tambah air sedikit lagi yea.. kalau pekat, adunan x nak keluar laju dari acuan tu..macam Aida kata " Mak ni roti jala ke roti dot-dot "  hehe


Pinjam drpd..http://www.myresipi.com/top/glossary/194