20 April 2016

Idea Serangan Pemasaran Gerila Untuk Premis Perniagaan Baru Dibuka

 
Ditulis Oleh:
Reni bt Rahmat
Usahawan
 
April 19, 2016 9:09 AM

Study case – marketing strategy.

Nota: Banyak lagi strategi marketing akan dikongsikan kepada Rakan-Niaga Kiosk BegeJon melalui modul Sales Planning.

Ini kes benar yang berlaku di salah sebuah premis yang menjalankan perniagaan makanan.
Lagi sebulan premis tersebut hendak di buka, beliau sudah menjalankan serangan gerila beliau.
Serangan pertama untuk mewar-warkan yang beliau wujud di lokasi premis tersebut adalah:

1. Beliau menaikkan sebanyak 30 bunting SEBULAN sebelum premis di buka di kawasan beliau.


Contoh, jika di Wangsa Maju, bunting akan di naikkan diseluruh kawasan Wangsa Maju.
Tujuan – premis tersebut berada di Wangsa Maju, jadi strategi bunting setempat adalah untuk mewar-warkan masyarakat setempat yang mereka bakal WUJUD di situ.

2. Serangan kedua adalah beliau menggunakan ayat yang dapat menarik prospek (pelanggan) untuk menghubungi beliau.

Contoh: Kedai Kek Comel bakal di buka di Sec 2, Wangsa Maju. Mahu KEK FREE? Whatsapp sekarang 013-5648768.

3. Serangan ketiga, apabila beliau mula menerima panggilan dan whatsap, beliau simpan kesemua contact number dan nama pelanggan tersebut di dalam satu DATABASE.

4. Serangan keempat, ketika lagi 7 hari premis bakal di buka, beliau blast semula ke nombor-nombor pelanggan yang sudah menghubungi beliau tempoh hari dengan ayat:

“Lagi 7 hari Kedai Kek Comel bakal dibuka. Jangan lupa dapatkan KEK PERCUMA anda. Kedai akan mula di buka pada pukul 9 pagi. Jadilah orang terawal dapatkannya.”

5. Setiap hari, beliau mengumpul database. Sehinggakan beliau dapat mengumpul ratusan ke ribuan database.

6. Serangan kelima, ketika lagi 3 hari premis bakal di buka, beliau blast lagi sekali ke nombor-nombor pelanggan tersebut dengan ULANGAN ayat yang sama.

Proses yang sama beliau ulang ketika sehari lagi premis bakal di buka.

7. Impaknya, pada hari pembukaan premis tersebut, pelanggan sudah sedia menunggu di depan kedai untuk mendapatkan KEK PERCUMA.

8. KEK diberi PERCUMA. Air kena beli. Produk-produk lain kena beli.

9. Hasilnya – beliau dapat mengumpul jualan RM25K pada hari tersebut daripada jualan air dan produk-produk lain.

Morale of the story

2 Perkara Penting Sebelum Premis Baru Dibuka Adalah:

1. Marketing
2. Database

No comments:

Post a Comment