29 October 2014

Cream cheese frosting..

EM... malam ni malam buat cupcakes dgn barang2 yg ada di dapur je..kira menghabiskan stok2 lama.. hehe..kita buat red velvet cupcakes (2 adunan) tapi dengan beberapa modification..

Test:
1-Gula castor tukar guna icing sugar & kurangkan 100g
2-Butter tak de.. so kita guna margerin cam pelangi tu dlm pek kuning tu..
3-Utk cream cheese.. nak guna resepi biasa, whipping cream da abis.. so cari punya cari.. dapat resepi dari Martha stewart.. tak perlu whipping cream pun!

Hasilnya...

1- tukar gula.. cake texture.. masih serupa jea.. x semanis biasa.. sbb kita dah kurangkan gula tadi kan..
2-guna marjerin.. emm.. cam x beza je.. cuma cream cheese kita jadik kuning sikit dari biasa la..cuma org kata kalau guna banyak marjerin, dia jadi tahan panas skit.. tu kita tengok esok yea.. betul ke tak..
3- Resepi cream cheese..Martha Stewart.. boleh click sini atau.. baca kat bawah ni.. K.. :)

Cream Cheese Frosting

8 ounce cream cheese (kita guna 250g)
8 tbsp butter (kita guna 120g marjerin pelangi)
1 cup confectioner's sugar (kita guna lebih kurang 190g jea..sbb tu je icing sugar yg ada.. abis da.. )
1 tsp vanilla extract

Cara :
1-Biarkan cream cheese pada suhu bilik.. so dia lembut skit..beat medium speed.. bagi gebu skit..
2-Campurkan butter pada suhu bilik.. beat medium speed sampai smooth & well blended.
3-Masukkan icing sugar.. better ayak dulu supaya tak berketul2..beat lagi sampai smooth
4-Semua sekali dalam 4 minit cam tu..pastuh masukkan esen vanila.. kacau sebati.. da siap!