24 August 2016

Penggunaan bahan pengawet food additive E282 (Calsium Propionate) dalam roti

Question: I worry about food additives, and there are so many I don't recognize. For example - what is calcium propionate? Is it really safe to eat foods that have it listed as an ingredient?
Answer: Calcium propionate (along with propionic acid and sodium propionate) is used as a preservative in bread and other baked goods. It helps keep those baked goods fresh by preventing mold and bacterial growth that would cause them to go bad.
Calcium propionate also occurs naturally in butter and some types of cheese.Sometimes consumers have questions about the safety of calcium propionate.  We understand that food additives sound scary and many people are concerned about the idea of preservative use in food. But, do you want to take a chance on eating bacteria- or mold-infested bread? Probably not.
** You can click the title for the full article***

20 April 2016

Idea Serangan Pemasaran Gerila Untuk Premis Perniagaan Baru Dibuka

 
Ditulis Oleh:
Reni bt Rahmat
Usahawan
 
April 19, 2016 9:09 AM

Study case – marketing strategy.

Nota: Banyak lagi strategi marketing akan dikongsikan kepada Rakan-Niaga Kiosk BegeJon melalui modul Sales Planning.

Ini kes benar yang berlaku di salah sebuah premis yang menjalankan perniagaan makanan.
Lagi sebulan premis tersebut hendak di buka, beliau sudah menjalankan serangan gerila beliau.
Serangan pertama untuk mewar-warkan yang beliau wujud di lokasi premis tersebut adalah:

1. Beliau menaikkan sebanyak 30 bunting SEBULAN sebelum premis di buka di kawasan beliau.


Contoh, jika di Wangsa Maju, bunting akan di naikkan diseluruh kawasan Wangsa Maju.
Tujuan – premis tersebut berada di Wangsa Maju, jadi strategi bunting setempat adalah untuk mewar-warkan masyarakat setempat yang mereka bakal WUJUD di situ.

2. Serangan kedua adalah beliau menggunakan ayat yang dapat menarik prospek (pelanggan) untuk menghubungi beliau.

Contoh: Kedai Kek Comel bakal di buka di Sec 2, Wangsa Maju. Mahu KEK FREE? Whatsapp sekarang 013-5648768.

3. Serangan ketiga, apabila beliau mula menerima panggilan dan whatsap, beliau simpan kesemua contact number dan nama pelanggan tersebut di dalam satu DATABASE.

4. Serangan keempat, ketika lagi 7 hari premis bakal di buka, beliau blast semula ke nombor-nombor pelanggan yang sudah menghubungi beliau tempoh hari dengan ayat:

“Lagi 7 hari Kedai Kek Comel bakal dibuka. Jangan lupa dapatkan KEK PERCUMA anda. Kedai akan mula di buka pada pukul 9 pagi. Jadilah orang terawal dapatkannya.”

5. Setiap hari, beliau mengumpul database. Sehinggakan beliau dapat mengumpul ratusan ke ribuan database.

6. Serangan kelima, ketika lagi 3 hari premis bakal di buka, beliau blast lagi sekali ke nombor-nombor pelanggan tersebut dengan ULANGAN ayat yang sama.

Proses yang sama beliau ulang ketika sehari lagi premis bakal di buka.

7. Impaknya, pada hari pembukaan premis tersebut, pelanggan sudah sedia menunggu di depan kedai untuk mendapatkan KEK PERCUMA.

8. KEK diberi PERCUMA. Air kena beli. Produk-produk lain kena beli.

9. Hasilnya – beliau dapat mengumpul jualan RM25K pada hari tersebut daripada jualan air dan produk-produk lain.

Morale of the story

2 Perkara Penting Sebelum Premis Baru Dibuka Adalah:

1. Marketing
2. Database

28 March 2016

Homemade Sour Cream Substitute in Minutes - The Frugal Chef



Assalamualaikum...
2-3 ari ni asyik buat cheesecake je.. tapi kat tempat sy ni nak cari sour cream payah.. so ni la alternativenya..ok la kan daripada x de.. so kalau kawan2 rasa sour cream tu mahal sgt.. boleh la tukar ikut cara ni ye..

07 March 2016

No bake - Cheesecake Mangga

Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Moga sihat2 dan ceria pagi2 ni yea..

Jom kita belajar buat cheesecake mangga yang tak perlukan oven.. senang sangat tau! Ni cara sy yang suka buat x ikut cara chef2..janjji kita dan keluarga kita dapat makan kan..

 
Bahan-bahan untuk lapisan bawah
11/2 cawan biskut Digestive ( guna 3/4 drpd paket panjang, klu kedai kecik selalu x de, kedai bahan2 kek sure ada..)
2 tbsp gula perang (brown sugar ler)
1/3 cawan marjerin yang dicairkan (lebih kurang 84g gitu..nak guna butter pun boleh.. suka hati korang.
1 tsp serbuk kayu manis (disebabkan tak suka bau marjein/butter cair+biscuit tu.. sy tambah utk sedap sikit) 
Loyang loose base 9" 
Caranya : 
  1. Hancurkan biskut tapi x mau la cam serbuk lak.. kasar2 sikit (bukan beso2 tau!). Cam mana nak hancurkan..? Ramas2 boleh.. @ masukkan dlm plastik, ikat dan ketuk2 plastik tu sampai biskut hancur2 @ kalau ada mixer/blender bahagian kering tu..pulse je beberapa second .. da hancur biskut tu.. kemudian masukkan dalam mangkuk besar..
  2. Campurkan gula perang dan serbuk kayu manis ke dalam biskut tadi.. gaul rata ikut la nak guna spatula ke, sudu ke senduk ke, nak gaul pakai tangan pun boleh..
  3. Cairkan majerin/butter.. jgn sampai mendidih.. cukup sekadar cair je..tuang ke dalam campuran biskut & gula tadi.. gaul sebati..ni kalau gaul guna tangan kena hati2 ye..klu tangan melecur jgn salah kan sy ye..sila la guna alat yg bersesuaian..
  4.  Balut base loyang dengan plastik untuk memudahkan keluarkan kek nanti..emm tak de loyang loose base ye.. tak pe jgn risau.. guna je loyang biasa @ mangkuk tupperware yg korang ada.. cover bahagian dalam loyang/ tupperware tu dengan plastik @ cling film..nanti sy explain cam mana nak keluarkan kek tu nanti ye.. :)
  5. Tuang semua adunan biskut tadi ke dalam loyang, tekan2 bagi rata dan mampat lepas tu boleh la simpan dalam fridge paling elok 24 jam, kalau korang x sabar dan x kesah base kek tu pecah2 janjji boleh makan, bungkus loyang tu dalam plastik ikat ketat2 supaya x termasuk bau2 ayam segala yg dlm freezer korang tu hehe.. dan masukkan dalam freezer sejam dua ..siap base cheesecake da.. 

Bahan-bahan untuk lapisan cheese
1 cawan Whipping cream ( sy guna 250g Value Pride SoftBlend Whipping cream..nak guna apa2 brand pun boleh)
8 oz Cream cheese (Cream cheese ikutkan kena keluarkan dari fridge 30mins awal..tapi sy  terus je guna.. kena potong kecil2 sikit utk mudah diputar. Sy selalu guna tatura cream cheese je.. klu nak lagi sedap guna Philadelphia ye.. )
1/4 cawan gula castor ( lebih kurang 63g
1 tbsp gelatin (pastikan beli gelatin HALAL ye!!) 
3 tbsp susu cair ( sy guna air suam je..)
1 biji buah mangga masak kuning manis ( klu terbeli mangga yg x berapa nak masak..keras2 boleh gak nanti sy ajar nak buat cam mana ye .. yela kut2 ada cam sy tak kenal mangga dah masak ranum ke x cukup masak kekeke..malu seh tua2 pun x tau lagi..
Caranya :
  1. Cuci dulu buah mangga. Kopek kulitnya. Potong buah mangga buat dadu..size sedang2 je.. jangan cincang halus lak nanti x dpt nak rasa ketulan2 mangga tu nanti..Ketepikan dulu..K.. utk yg terbeli mangga masam yg tak berapa nak lembut dan manis, selepas potong dadu mangga tu.. masukkan dalam periuk kecil, tuang air paras2 mangga tu je jgn lebih & masakkan atas dapur hingga air mendidih & mangga lembut sikit..jgn terlalu lama.. off api, tapis buah mangga tu..air nye bolehla buang .. tapi klu korang jenis rajin & sayang nak buang, boleh la simpan utk masuk kan dalam agar2 ke etc..penambah perasa kan..creative! creative! hehe.. mangga yg da di tapis tadi boleh la disejukkan dulu..
  2. Masukkan air suam ke dalam mangkuk kecil, campurkan gelatin ke dalam air suam. Biar dalam 5 mins.. boleh la kacau bagi gelatin larut dalam air. Kalau korang guna susu cair, slepas 5 mins, korang kena panaskan dalam microwave utk cairkan gelatin tu.. tak de microwave? Panaskan atas dapur la..jgn lama2 ye.. cukup sekadar gelatin tu cair. Klu takut terhangit.. korang guna cara double boiler, panaskan air dlm periuk sampai mendidih.. pastuh korang letakkan mangkuk yg ada campuran gelatin tu atas periuk air mendidih tu..off kan api, kacau la sampai gelatin tu larut.. faham dak? Kalau susah2 sgt.. korang guna air suam je la mcm sy heheh...
  3. Campurkan gula ke dalam cream cheese. Pukul hingga menjadi lembut dan bercream dan x de ketul2 cheese ye..mase mix tu, make sure scrap tepi dan bawah mangkuk mixer tu nak pastikan semua cream cheese tu x de yg melekat2 kat mangkuk. Oh lupa! Kalau adik2 kakak yg x de mixer ke handmixer ke.. boleh pukul guna spatula dan tenaga tangan ye..kita exercise skit..
  4. Sambil putar cream cheese tu, boleh la masukkan gelatin tadi dan putar lagi..
  5. Masukkan whipping cream dan putar lagi sehingga sebati dan bercream..
  6. Ingat tak buah mangga yg disejukkan tadi.. ha.. boleh la tuang dalam adunan cheese tu.. gaul sebati je..siap adunan cheese
  7. Keluarkan loyang biskut drpd fridge, tuang adunan cheese ke atas biskut dan ratakan. Simpan dalam fridge dulu sementara kita sedia lapisan topping mangga 

Bahan-bahan untuk lapisan topping mangga
1 biji mangga masak kuning manis ( klu ter mangga masam tak pe.. kita guna cara mcm sebelum nie)
**1/3 cawan Air (Hanya kalau guna mangga yg masih keras, kalau yg dah masak ranum.. x payah tambah air )
**1 tbsp gula ( Hanya kalau guna mangga masam lagi..x kisah la gula kasar ke halus ke.. jgn guna guna merah @ melaka ye.. lain rasa nanti.. tapi klu nak ber experiment .. blh je.. sila2
1 tbsp gelatin (pastikan beli gelatin HALAL ye!!) 
3 tbsp air suam 
1-2 titik Pewarna kuning / oren jika perlu

 Caranya :
  1.  Masukkan air suam ke dalam mangkuk kecil, campurkan gelatin ke dalam air suam. Biar dalam 5 mins.. boleh la kacau bagi gelatin larut dalam air.
  2.  Cuci dulu buah mangga. Kopek kulitnya. Hiris buah mangga. Masukkan dalam blender dan blend hingga jadi puree mangga.. kalau buah mangga keras skit.. kena tambah air skit je. Tapi kalau korang guna buah mangga yg tak berapa nak masak & keras.. kena la buat macam step sebelum ni.. rebus dulu sekejap mangga tu bagi lembut skit. Toskan air. Guna air rebusan + mangga + gula di blend hingga jadi puree.
  3. Campurkan gelatin ke dalam puree mangga gaul sebati. Mungkin ada yang tanya kenapa nak letak gelatin dalam puree mangga kan.. ni sebabnya.. kalau kita tak letak gelatin, nanti bila dah tuang atas cheesecake kita, topping ni akan meleleh sebab puree mangga ni tak berapa nak pekat. So bila letak gelatin, dia akan pekat kenyal skit dan x meleleh.. dia akan duduk set atas cheesecake..Kalau korang ada alternative lain.. boleh la buat cara korang ye..x de hal..
  4. Sekiranya warna campuran mangga puree tu tak berapa nak lawa, boleh la bubuh pewarna 1-2 titik. Gaul sebati.
  5. Keluarkan loyang cheesecake drpd fridge, tuang puree mangga atas cheesecake dan ratakan.. ingat ye lapisan cheese tadi tak keras lagi.. so kena tuang dan ratakan puree mangga tu dengan lemah lembut ye.. kalau tak nanti korang tercampur puree mangga tu dengan lapisan cheese.. x cun lak nanti...k siap da..
  6. Boleh la sejukkan cheesecake ni dalam fridge paling2 sejam dua..kalau nak set betul2 8 jam gitu..baru la makan..*cepat @ lambat cheesecake korang set bergantung kepada kesejukan fridge korang ye..

Last sekali nak ajar macam mana nak keluarkan cheesecake daripada tupperware atau loyang yang tak loose base tu.. 

Ok. Pada yang x guna loyang loose base tadi..korang kena bungkus bekas cheesecake tu dan simpan dalam freezer semalaman atau hingga cheesecake tu betul2 beku. Keluarkan loyang drpd freezer. Lalukan pisau keliling cheesecake antara plastic dan tupperware/loyang nak make sure tak de bahagian yg melekat di loyang dan tupperware. Ready kan dua pinggan atau cake board. Letak satu di atas loyang/tupperware dan terbalikkan cheesecake .. tap2 bekas tu hingga cheesecake keluar drpd loyang/tupperware. Buang plastic lapik dan letakkan pinggan/cakeboard satu lagi atas cheesecake dan terbalikkan semula supaya bahagian mangga puree di bahagian atas. Boleh la biarkan cheesecake di suhu bilik 30mins - sejam utk defrost. Lepas tu boleh da makan.. Selamat mencuba! Kalau rasa2 susah nak buat.. order je kat sy.. mudah.. *wink2x*

05 October 2015

Lelaki Ini Berkongsi Bagaimana Beliau Hilangkan 40Kg Dengan Cara Sihat Dan Murah Ahad, 4 Oktober 2015 Ida Latif

Lelaki Ini Berkongsi Bagaimana Beliau Hilangkan 40Kg Dengan Cara Sihat Dan Murah

26 August 2015

Jenis2 jarum ikut jenis fabric!

Penggunaan jenis-jenis jarum mesin jahit


  1. No 9 – Fabrik nipis – Tudung atau sutera
  2. No11 – Fabrik nipis & sederhana tebal – Tudung atau baju kurung
  3. No13 – Fabrik sederhana - Baju kurung
  4. No 14 – Fabrik Sederhana dan tebal – Jahitan pinggang baju kurung
  5. No 16 – Fabrik Tebal – Jeans atau langsir
  6. No18 – Fabrik tebal dan berat – Jeans tebal atau langsir tebal


Ha..! kena ingat yea.. ingatkan diri sendiri nie.. kalau x asyik patah2 jarum jea..

27 December 2014

Qaseh Instant Shawl...

First video khas  utk Qaseh Instant Shawl di Ezaida.com... walaupun silent video kan .. jom tgk..kalau2 berminat kat shawl tu boleh la order di ezaida.com ye... :)


08 November 2014

Doa selepas membaca Quran

Assalamualaikum... Semoga memberi manfaat kepada semua..




29 October 2014

Cream cheese frosting..

EM... malam ni malam buat cupcakes dgn barang2 yg ada di dapur je..kira menghabiskan stok2 lama.. hehe..kita buat red velvet cupcakes (2 adunan) tapi dengan beberapa modification..

Test:
1-Gula castor tukar guna icing sugar & kurangkan 100g
2-Butter tak de.. so kita guna margerin cam pelangi tu dlm pek kuning tu..
3-Utk cream cheese.. nak guna resepi biasa, whipping cream da abis.. so cari punya cari.. dapat resepi dari Martha stewart.. tak perlu whipping cream pun!

Hasilnya...

1- tukar gula.. cake texture.. masih serupa jea.. x semanis biasa.. sbb kita dah kurangkan gula tadi kan..
2-guna marjerin.. emm.. cam x beza je.. cuma cream cheese kita jadik kuning sikit dari biasa la..cuma org kata kalau guna banyak marjerin, dia jadi tahan panas skit.. tu kita tengok esok yea.. betul ke tak..
3- Resepi cream cheese..Martha Stewart.. boleh click sini atau.. baca kat bawah ni.. K.. :)

Cream Cheese Frosting

8 ounce cream cheese (kita guna 250g)
8 tbsp butter (kita guna 120g marjerin pelangi)
1 cup confectioner's sugar (kita guna lebih kurang 190g jea..sbb tu je icing sugar yg ada.. abis da.. )
1 tsp vanilla extract

Cara :
1-Biarkan cream cheese pada suhu bilik.. so dia lembut skit..beat medium speed.. bagi gebu skit..
2-Campurkan butter pada suhu bilik.. beat medium speed sampai smooth & well blended.
3-Masukkan icing sugar.. better ayak dulu supaya tak berketul2..beat lagi sampai smooth
4-Semua sekali dalam 4 minit cam tu..pastuh masukkan esen vanila.. kacau sebati.. da siap!


28 October 2014

How to fix broken buttercream

Terjumpa tips ni.. simple je tapi tak pernah terfikir nak buat cam ni.. Boleh click kat link di bawah ni..

http://www.marthastewart.com/1072940/how-fix-broken-buttercream#1072940

03 September 2014

Tips untuk Cupcakes

Assalamualaikum..

Hari ni kami semua di landa selsema & sakit kepala.. mak da hidung merah asyik bersin je .. aida mengadu sakit kepala..nenek pun dah pening2 sakit sendi2 .. Abah hari ni baik hati so mak x yah masak breakfast.. abah da beli mee.. berjenis2.. mee kuning goreng, bihun goreng pedas, bihun goreng putih, kuew tiew goreng + kuih muih lagi.. alhamdulillah..mak boleh rehat sat..

K.. tips cupcakes yea.. emm.. sebenarnya lebih kepada try & error utk org2 macam saya yg belajar ngan internet & buku2 resepi je.. hehe..

Beza antara gula pasir halus / kasar, gula castor & gula icing

Gula Pasir 
Gula ni tekstur nye kasar (utk gula pasir kasar) yang payah untuk sebati kalau digunakan dalam bancuhan kek /cupcake. Selalunya kita guna untuk membancuh air guna air panas kan.. Saya dapati kalau kita bancuh adunan kek Chocolate Moist yg menggunakan air panas, kita masih boleh guna gula pasir ni sebab air panas da bantu mempercepatkan proses menyebatikan gula pasir ni dengan bahan2 yg lain..Maka jgn guna utk buat kek & cupcake yea..!

Gula pasir halus teksturnya lebih halus daripada Gula pasir kasar tetapi kasar daripada gula castor!   Kalau nak guna gula pasir halus ganti gula castor.. emm boleh jugak tetapi.. kena beat adunan tu lama skit la daripada biasa utk make sure adunan tu benar2 kembang dan x berpasir (maknenya sampai gula tu sebati dengan butter) 

**Note Penting!! Kalau nak cupcake jadi elok.. toksah la buat guna short cut nie ye..gi la beli castor sugar hehe sebabbb.. kadang2 walaupun dah beat lama, adunan x berapa sebati.. masih ade gula yg x hancur lagi.. hasilnya.. ada cupcakes yg jadik elok A++ tapi nanti ade la terselit 2-3 cupcakes yang permukaan nya ada macam gunung berapi meletup + lava.. (over lak mendescripe rupa cupcake ni...saya x de gambar la nak tunjuk... :( )

Gula Castor

Gula castor teksturnya lebih halus daripada gula pasir. Amat sesuai untuk buat kek & kuih muih, cupcakes, pastry. Disebabkan tekstur yg halus, ia mudah untuk sebati dengan bahan2 lain dalam adunan kek. Kalau buat pastry macam tart, kulit tart akan jadi lebih ranggup berbanding kalau kita guna gula icing... Biasanaya harga Gula Castor ni lagi mahal berbanding gula pasir ye..tapi berbaloi la kan..

Gula Icing

Gula icing ni teksturnya lebih halus bak serbuk tepung. Biasanya kita guna untuk buat buttercreme (apa2 cream utk lepa atas kek), untuk buat meringue i.e buat pavlova tu.., utk tabur atas donut atau kek..tapi kalau emergency case.. saya guna utk buat cupcake gak.. hehe sebab dia halus dan mudah sangat  sebati kan...

K.. nie la tips yg simple2 dari pengalaman saya.. untuk penjelasan lebih detail.. korang kena la tanya chef2 pakar2 yea..  :)



26 July 2014

Biskut raya - Kuih Siput Mentega

Assalam... 

Atas permintaan Aida, kena la mak buat kuih siput ni sampai tertido-tido mengentel siput tapi tak pe.. kali ni dah ada assistant! Sapa nak makan dia la kena tolong gentel kan.. kannnnn... :P
 
Ni papan acuan untu kih siput kalau2 ada yg tak tau.. (image: google.com)
 

 

K.. kuih siput ni rangup, pedas2 & peroi x le peroi sangat .. tapi okay la.. aida suka..& texture dia lain skit daripada yg biasa buat zaman dulu2 tu.. may be sebab resepi ni suruh bubuh mentega..

Resepinya...

600g tepung gandum ( diayak)
5 tbsp makan mentega
1 biji kelapa -ambil santannya . (*saya guna santan serbuk jea pastuh campur dengan air 250ml +-)
1 bungkus serbuk kari (*lebih kurang 25g @ saya bubuh 5 tsp)
Sedikit garam (*saya bubuh 1 tsp)
Daun kari secukupnya.. (* lagi banyak lagi wangi nanti tau!)
*Note: Minyak untuk mengoreng la... resepi asal ni lupa mention minyak..

Cara memasak
  1. satukan tepung gandum dengan garam & mentega
  2. Gaulkan adunan menjadi adunan yg berderai seperti serbuk roti
  3. Masukkan santan dan uli hingga adunan boleh dibentuk (*sebab guna mixer, saya masukkan semua sekali + daun kari sedikit  & guna blade utk menguli.. uli hingga boleh dibentuk)
  4. Ambil acuan kuih siput dan gentelkan adunan di atas papan acuan. Lakukan sehingga habis
  5. Panaskan minyak & goreng hingga garing.( * masukkan balance daun kari dalam kuali.. wangi..)

Biskut raya..Bahalu Cermai

Assalam..

Dah nak hampir raya nie.. meh kita share2 resepi dari Majalah Rasa Jun 2014 yang dah di altered and tested & tumbs up drpd budak2 dan bapak budak kat rumah ni yea.. hehe & Luqman jugak! Jangan x percaya .. kali ni abg man sepanjang 13 tahun hidup dia di muka bumi Allah ni.. ini lah kali pertama abg man makan biskut mak siap buat sahur tu..! alhamdullillah...

Eh! Eh!.. Jangan pikir mak nya dah pandai buat biskut raya tau! Cumaaa... da jumpa resepi yg umphh! Mak just alter sikit2 ikut bahan yg ada kat rumah jea.. hehe

Kay banyak cakap lak.. Biskut raya yang pertama ... kuih bahulu cermai!


Chop!Chop! Tu bukan rupa kuih bahulu pun...! Betul la bahulu cuma.. rupa jea lain.. Sebenarnya saya nie memang fail kalau guna cetak bahulu yg dari tembaga tu.. so disebabkan ada cupcake maker electric tu.. apalagi.. kita test ler .. tu la jadi nya.. yg patern smiley dah abis kena makan da..

Verdict : Ok la kalau buat makan dengan chocolate nutella - Luqman la ni!.. hik!hik! hik! Dia x jadik garing.. Mungkin kalau korang guna mcm cara traditional tu jadik molek kut...


Resepinya..

Bahan-bahan
10 biji telur (cuci dulu kulitnya)
600g tepung gandum (dijemur / disangai/saya grill je dalam oven)
600g gula halus
1 tsp esen vanilla
2 batang serai (utk sapu minyak kacang pd acuan *x guna pun..)
250ml minyak kacang ( * x guna pun..)
1 tsp soda bicarbonate

Cara memasak :
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang gebu
  2. masukkan soda bicarbonate dan esen vanilla.. pukul lagi hingga kembang
  3. Panaskan kuali tanpa minyak dan sangai tepung hingga kekuningan
  4. Masukkan tepung ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit
  5. Sapukan minyak pada acuan menggunakan serai (*panaskan cupcake maker )
  6. Sendukkan adunan ke dalam acuan.. (*setiap acuan dalam cupcake maker tu hanya guna 1/2 tbsp saja..kalau x .. abis membuak la..)
  7. Bakar hingga masak


25 July 2014

Sesibuk mana pun kita, luangkan la masa untuk ibubapa kita di kampung....




23 July 2014

Ayat Quran untuk membuang penyakit dalam badan




22 July 2014

DIY | How to Sew Wide leg Pants (Palazzo) For Beginners


Assalamualaikum...

Tgh buat apa tu? Masak untuk berbuka da ke? Ke tgh sibuk buat kuih raya? ..

Tahun nie kami semua masuk musim jubah da.. so x de baju kurung.. so kalau rasa2 nak re-vamp wordrobe tu.. jgn buang tau baju2 kuruung lama tu.. kainnya kita boleh recycle.. buat seluar palazzo! Tak sangka tau.. mudah sangat! Provided korang ada mesin jahit la .. kalau x berbulau mata nak menjahit tangan hehe..

So al kisahnya.. semalam da cuba satu kain.. dah jadi.. tapi cit! boleh tersilap potong! Tau la badan kita mcm panda tapi tangan ni cam nak perasan macam solid molid cam tu.. so kena nak alter sana-sini.. x berapa molek la skit.. So hari ni  kita cari cikgu yea.. Em.. ni cikgu kita, pakcik Google tunjukkan tadi..senang nak faham!.. Korang pun try yea.. nanti dah siap kita tunjuk kita nye K...