Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

06 June 2014

Luqman & lego...!!

Mission nak distract Luqman dari Computer dia... Succeed!!

Tgk dia dah pasang lego.. & dgn bantuan abah.. jadikan short video.. :)



"Jaga-jaga..! pencuri nak rompak bank!.."

04 April 2014

Yea...! Berjaya buat Luqman pi sekolah hari ni... Alhamdullillah..

Assalamualaikum....

Kenapa suke yea.... cuba teka?! ..  Tak yah teka la.. meh na cite...

Luqman da kembali ke habit x nak gi sekolah sejak sebelum cuti penggal aritu...Biasa la dia dok cakap " I hate school! " Dah puas bagi chance kat dia.. last2 ha! Kena punishment betul2!

Selalunya kalau dia promised, mesti dia buat.. tapi kali ni memang x jadi.. hari2 dia promise " Go to school tomorrow yea..!" Siap little finger promised lagi!.. tapi bila sampai tomorrow.. dia janjji tomorrow lagi.. Jadi kami start ajar dia yg promise tu kena tepati kalau x berdosa! masuk Hell fire!.. Dia cukup takut kalau kata masuk Hell Fire! So.. berbalik cite punishment nie.. semalam computer luqman kena rampas & letak kat office! No school no computer! Mengamuk dia pagi semalam ! Punishment utk misbehave & mungkir janjji!.. Jadi lepas dia penat tantrum dia x di layan, last2 minta maaf kat mak abah & be good boy.. so hari ini dalam sejarah (semalam).. Luqman dapat belajar dgn mak willingly.. dapat la belajar 2 jam.. pastuh dia tido.. & Hari ni tuntut jannji dia.. disebabkan semalam x dpt computer dia (walaupun petangnya dia berjaya takeover lappy mak!) hari ni pagi2 kul 5.30am da bangun, siap solat jemaah lagi x de shortcut!.. & pergi sekolah... alhamdullillah.. tak pe la walaupun tau da hari jumaat kelas dia x belajar pun sebab setiap jumaat, pagi ada jasmani, lepas recess mereka gi terapi swimming / bowling .. kita tengok balik sekolah ni apa dia nak buat nak tuntut janjji mak abah...hehe..

Jgn lupa klik kat tab "Luqman yg istimewa".. ada project scratch luqman...gi la tgk.. 

Byee!

27 January 2012

Luqman menyanyi!

Salam....

Hari ni rasa happy skit... ada company query utk acct services.. berharap sgt dpt closing job nie.. last week company melayu yg query...tapi cuma query jea la .. nak buat cam ne kan tak de rezeki.. mrk pun tgh celaru sbb maid lari..harap2 yg nie ok la..


Ape nak cerita tadi yea.. Oh! pasal Luqman... Kebiasaan nya kat rumah nie.. aida yg menyanyi dgn kpop dia tu.. tetiba semalam.. Luqman lak yg menyanyi.. dgn earphone kat telinga.. mata & tangan still pada Roblox kat screen tu..Mulut dia menyanyi sungguh2 dgn gerak2 badan lagi tu!.. tak tau la lagu ape..yg pasti english words jea yg dia sebut..dia happy sgt kut.. :)

21 January 2012

Mari kita berfikir sejenak...

Nie salah satu point yg ingat drpd kelas hari nie...drpd En Iqbal (TI)

" We know what we want..."
(betul... hampir semua org tau apa dia nak buat/target)

"But we don't use what we know/learn to achieve / get what we want"
(teramat la betul pada diri saya nie...ada skills tapi tak nak guna utk capai apa yg saya nak tapi dok la ikut org pi belajar bende lain untuk capai matlamat yg sama...)

Kay.. org kata .. apa salahnya tambahkan ilmu..betul! tapi kan better kalau apa ilmu yg ada tu digunakan @ di share dgn org lain. Pada masa yg sama tambah kan pengetahuan kita untuk menjadi org yg lebih berilmu.... aish..asal slownya otak nie... :(

17 January 2012

Berpikir... kita nak berubah.. tapi kenapa setiap langkah yg di ambil asyik tersekat jea.. tanda apa tu yea?? Silap langkah? @ dugaan .. tgk samada kita bersungguh2 nak berubah ? @ terburu-buru? tak sabar? Jari mula la nak menunjuk pd sesuatu.. eh!!! sedar laaa ! empat jari tu tunjuk pada diri kita sendiri! So .. mana punca nya ni..

03 January 2012

Mak! Nak bawak ballik penyu, boleh?


Pagi-pagi lagi dah sampai Cherating.. check-in lambat lagi... Apa yg menarik kat sini yea... Ha! Jom tengok penyu!!









 Ni la.. first time Luqman & Aida tengok penyu hidup.. Jakun skit..excited luqman.. siap nak bawak balik! Ada 3 kolam .. yg ni kat kolam besar.. penyu pun besar2 dulang..

Kat kolam ke 2.. beriya2 kami nie kate penyu..ikmal ckp " kak lin! ni bukan penyu la.. ni kura-kura!" " Mana tau?" "Kura-kura ada kuku, penyu tak de! Kita tau la.. sbb dulu kita bela kura-kura!" dengan confidentnya ikmal jawab.. "Ooooooo" 

Betul rupanya kura2 .. apa la dah la kolam x de lable.. kena lak kami yg memang x tau nak beza penyu ngan kura2.. tertipu la pulak....Sepatutnya tmpt ni jadi Santuari Penyu & Kura2.!












Luqman dan Roblox


Roblox & Luqman memang tak dapat dipisahkan sepanjang cuti sekolah .. setiap hari dia mengadap computer tu.. kekadang main games dgn sesiapa yg online, kekadang dia create area dia sendiri. Yg mula2 mak perasan.. luqman bina kedai Pizza mcm Domino Pizza lak rupanya.. kadang2 dia susun2 da mcm kedai runcit jual pepsi & coke.. time datang mood nakal dia.. dia pi serang area org lain.. robohkan apa2 yg org lain da buat.. time tu la nak dengar dia ketawa berdekah2...luqman2..bila org kacau dia punya tau pulak terjerit2 "Give it back! Give it back!" Mcm la org tu blh dengar dia ckp...

Di sebabkan ketaksuban Luqman pada Roblox sampai Aida & abg Ikmal pun terikut sama main Roblox.. sbb masing2 rasa pelik apa yg luqman seronok sgt main roblox...

Persoalannya sekarang.. Patut ke mak biarkan Luqman terus main roblox bila da mula sekolah nanti???

19 November 2011

Persembahan Nasyid Hari Anugerah 2011 SK Sri Damai, Sek 17, Petaling Jaya



Ni la Kumpulan Nasyid Mawardah (kalau tak silap namanya)yg Aida join tu.. Excited sangat Aida masa nie..first time la katakan.. :)

16 November 2011

Luqman...

Kata-kata luqman Dlm sehari dua ni yg buat mak tau Luqman da pandai express diri....

Perbualan antara Abah & luqman.. Luqman tak nak makan sbb kusyuk sgt main Roblox malam tadi..
Abah:
luqman nak chicken?
Luqman:
No!
Abah:
luqman nak meat?
Luqman:
No!
Abah;
luqman nak fish?
Luqman:
No! I hate animals!

Terdiam sat Abah!Agaknya luqman fedup Abah asyik kacau je dia ...

Hari nie pulak...Mak tgh tengok report card Aida..
Adik! Kenapa byk sgt B nie!
Aida diam jea takut Mak marah..tetiba
Luqman:
ha! Ha! Aida dpt F. Nanti Aida nangis!
Mak:( wah sedapnya dia mengata adik dia!)
luqman dapat apa?
Luqman:
luqman dapat A!
kemain megah dia cakap...esok dia dpt present masa hari anugerah..
Mak:
bukan F?
Luqman :
tak! Tak! Tak! Luqman A!

01 October 2011

Hari byk becakap luqman

Selamat pagi! Saja x tide lagi. Bebudak da tdo, Abah x balik2 kerja lagi.

Hari ni cerita psl luqman.. First time ever.. Luqman ketawa x cukup nafas tgk buku latihn dia. Drpd pagi sampai ke mlm tak jemu2 ajak Mak tgk buku tu then cerita kat dia. Ayat dia "maaak! Tgk ni.. Kalau rabbit dgn pond?" Mak pun jawab "rabbit tak boleh hidup Dlm pond" luqman ckp"sebab?" Mak ckp"fish tinggal Dlm air nanti rabbit makaaaan fish" luqman da ketawa tebahak2 pastuh dia Akan ckp "tapi?" Mak ckp " tapi rabbit blh minum air, mandi Dlm air. Luqman nak mandi?" pastuh dia Akan tanya spider & dog kennel, bees & dog kennel etc . Seronok sgt dia.. Dia dpt pikir, spider rumahnya spider web, dog - kennel,fish-pond etc. So jadik la hari ni luqman berckp byk.. Dah mcm speech terapi lak sbb dia try jawab soalan Mak.. Memula tunggang terbalik last2 dpt la sikit dia cerita ikut imaginasi dia. Yg x leh lupa tu, dia kata kalau bees duduk kat dog kennel, nanti bees cocok dog.. Kesian dog! Kalau spider duduk kat dog kennel, spiderweb penuh kat situ nanti dog x leh masuk dog kennel! Yg x bestnye disbbkan dia byk ngan buku ari ni, kul 1am baru nak tide, sbb dia nak main computer dulu...

Aida lak da excited dengan pantun, semalam da memerah otak dgn Mak buat pantun sepanjang petang. Pagi Jumaat, da tunjuk cikgu so cikgu kata dia boleh perform Masa perhimpunan ari isnin nanti.. Suka Dia .. X sabar sampaikan tadi kenaa selsema..da nak nangis.."Mak! Adik x nak demam.. Adik nak perform!" first time dia nak naik atas pentas perform. Sebelum ni selalu cancel. Harap2 Kali ni jadi la.. Sian dia klu x jadi la..mengharap sesangat! Mak blh doakan je dik..

26 September 2011

Permata hatiku ..... Sabar jea la...

Semalam dgn hari amat la menduga kesabaran...

Disebabkan tak nak buat apa yg alin suruh.. Mengamuk luqman semalam sampai tgn Mak dia nie dia gigit sekuat hati.. bila tunjuk kat dia blh dia kata "Mak Sakit!" sabar jea la.. Nak marah lebih2 bukannya dia faham pun...

Hari ni luqman buat snow! bukan snow ice tu .. Tapi snow bedak.. Dia susun dia punya Hot wheels set pastuh tuang bedak byk2 bak kata luqman " nak malaysia snow!" luqman! Luqman!

Hari nie productive gak la bebudak nie..dpt la satu buku abis luqman baca dgn buat maths sikit tapi mulut bebel jea la...sampaikan baca iqrak pun pun bebel " I hate focus!" Abis kalau x focus mcm mana nak ingat abg ooi! Dah la buat mak dia cam la robot ada suiz kat tengkuk! tau kena alin ckp cam tu? Sbb masa ajar dia ngaji tu, alin sebut dulu dia ikut. Tapi sbb geram mata dia melilau ngan kita sebut lain dia sebut lain, alin diam la.. Blh dia kata "Ha! Broken! No sound! " pastuh dia pegang tengkuk alin, picit2 gaya cam Ada suiz on/off. Pastuh ketuk2 mak. Sebiji cam gaya buat kat radio rosak! Bila alin bunyi, dia suka lak. Pastuh bila senyap lagi, dia buat lagi cam tu..rasa geram pun Ada, kelakar pun ye juga.. Abah dia dah buat muka cam nak tergelak da..Luqman.. luqman. Nasib baikla aida ok.. Lain masa kita cerita Hal Aida yea.. Mengantuk da nie..Ala.. Aircond rosak.. Tido luar lagi la..

18 September 2011

Progress anakku luqman..

Sejak pindah ke BPP nie.. dah lama tak check progress luqman.. so seminggu dua nie mula balik suruh luqman baca buku Little A-Z ngan mula balik suruh dia buat maths pre-school..Alhamdullillah... banyak da progress dia.. dia dah boleh baca buku Little Three & Little Four mase hari jumaat & sabtu ari tu.. 90% words dlm tu dia dah kenal.. cuma sikit2 jea ajar dia.. kira tak sampai 15 mins dia da abiskan satu buku tu..
Pre-school maths dia dapat buat hampir 8 pgs.. okay  la tu.. 

10 September 2011

Timbul semula! Haiiiiiiii!

Ceh! Intro cam happy gila2 lak alin... penat bebenonya.. dari semalam tak tdo lagi... Sebelum tu..

"Selamat Hari Raya Eidul Fitri ! 
Maaf Zahir & Batin"

Mai la dtg rumah tapi ckp awal2 kuih2 raya dah abis tau.. hehe bukan apa yg pemakan kuih raya kat rumah nie cik Aida sorang jea ngan mak dia nie jea.. abah dia ngan abg dia Luqman tu tak lalu kuih raya.. jadikan cerita.. separuh dah hantar rumah mak sebelum raya, separuh dah bawak ke rumah ma.. balance se bekas.. aida da bawak sekolah utk jamuan hari raya kat sekolah dia... yg tak bestnye ari nie dia da start merengget nak cookies .. "mak buat la cookies! mak buat la cookies"  dan ni la menambahkan rasa penatnya....... nie la cerita penat nye nie.. sebelum raya.. dok baca cookbook/ respi2  kat dapur .. balik raya.. flatttttttt...drpd pantai timur ke selatan mesia... terus demam...mak demam, anak demam..abah pun cam nak demam tapi terpaksa oak / tahan dulu.. .. 

semalam da kena mengadap lak cookbook lagi.. nie cookbook canggih lak Adobe Dreamweaver .. nolong cik suami dah tak cukup tgn nak siapkan demo program utk presentation pagi nie.. so apa lagi tenyeh la...semalaman.. sempat la half bake pagi tadi.. tak tau la ape ceritanya.. harap2 memuaskan la...Amin

02 August 2011

Luqman sakit lagi... :(

Tgh mlm semalam pergi ke Tropicana Medical Centre bawa luqman, deman dengan naik rashes satu badan.. sib baik la bawak.. rupa2nya Luqman kena demam denggi.. so hari nie masih di TMC.. kalau semua ok Dc kate esok boleh discharge..lega rasanya...