16 August 2012

Info benar yg berguna..

Tadi tetiba rajin nak clearkan email box yg dah beribu email junk nie. Jumpa balik email nie .. date dia 7/11/2005! lama tu...Meh kita bace sesama.. rasa2nya betul ke info nie?..


Fitz Joe <fitzjoe82@yahoo.com> wrote:


MAKLUMAT INI ADALAH BENAR


1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay
bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan
karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang
menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.


 2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C! Yang mana anda akan
mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.


3. Cuba yang ni bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi). Banyak
orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan
Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap,
anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi
dari 'Health Corporation of Singapore'.


4. Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi
periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam
shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan
ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya
jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive,
Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature
Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah
satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari
mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh
melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa
yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak)
turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.


5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow
dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas
mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang
dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan
pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas
makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu
sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR
dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana
kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah
mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap
barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu
yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem
badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana
setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak
tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati
selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan
sebagai 'makan untuk mendapat barah'. Kalau istilah James Bond, 'Licence to
kill!'


6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil
membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang
bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang
tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila
plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang
tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah
kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa
yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda
sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

No comments:

Post a Comment