30 April 2011

Resepi Homemade Ice-Cream ( tak try lagi nie)



Bahan-Bahannya..
(boleh dapat 2 bekas cam kat gambar nie. P/s: Resepi nie drpd Facebook, Jue Nida tagged Anita Mansor.. tumpang copy paste yea..)
  1. 1 tin susu pekat manis 
  2. 2 tin susu air masak
  3. 1 sudu besar overlatte
  4. 1 sudu besar tepung jagung
  5. 1 penutup esen vanila
  6. 2 @ 3 sudu serbuk koko


Caranya:-



  1. Tuang No. 1 dalam periuk sedang..
  2. Tuang No.2 ke dalam Step 1 di atas ( sukat air guna tin susu No. 1)
  3. Untuk mengelakkan ice-cream cepat cair, campurkan No.4 dalam Step 2. Kacau rata
  4. Panaskan adunan Step 3 di atas sambil di kacau sehingga rasa-rasanya tepung jagung tadi da masak..
  5. Angkat periuk tadi dan tuang ke dalam mangkuk besar dan biarkan ia sejuk sebentar
  6. Apabila sudah sejuk, campurkan No.3 ke dalam adunan. Campurkan adunan ini menggunakan mixer high speed sehingga adunan menjadi gebu, ringan seperti adunan kek dan penuh mangkuk besar 
  7. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian utk di campurkan dengan perisa yg kita suka. Sekiranya nak perasa coklat, koko tu + air susu skit.. masak sekejap baru campurkan dalam adunan kemudian pukul dengan mixer skejap supaya sama rata
  8. Tuangkan adunan-adunan tu berselang seli sedikit-sedikit sehingga habis di dalam tupperware.. dan boleh la sejukkan..

29 April 2011

Another new step or can say refresher course!

Selamat Malam....

Hari nie berbeza skit.. sebab ape tau.. ari nie Adi suruh tolong dia isikan content utk TRWC website.. dia dah tak menang tangan da..

Memula tengok.. apa ke bende nie.. blank kejap.. Guna cPanel, tasknya .. add Vendors details.. kacang jea nie..siap! Next.. Create new pages utk membership benefits.. em.. nie kena refresh memories.. cam ne yea.. dgn bantuan "sifu" dapat la buat alhamdulillah.. tak susah pun.. cuma nak tau button mane nak press utk function2 yg zaman dulu2 tu kita buat <td>, <br> <span> etc tu.. rupanya2 skrg mudah jea.. Design jea page tu macam2 mana lebih kurang mcm kat words jea.. pastuh code dah ready da.. tak yah pening2.

Cuma part nak edit gambar, fail.. lappy nie mac, biasanya alin guna acer masa zaman cendana tu..pastuh nie photoshop ! mana nak ingat mcm mana nak guna.. last2 carik lappy hitam yg ada window.. guna simple paint jea.. jadi la.. Pastuh ade ka buat lawak.. nak masukkan gambar card... dok sibuk nak ambik gambar, pastuh gambar blur.. dah berejam baru adi tegur.. asal x guna scanner?! Ha!?#%$ Lupa ! Kat rumah nie kan ada scanner!

Lupa lak.. gi la tgk kat sini

Tu hal kerja...

Hari suka la luqman & aida.. mak bawak gi swimming pool.. dapat la sejam gak diaorang kat situ..sejuknya.. dah la open air kat level 6 tu..

27 April 2011

Study BQ (Bill of Quantity) utk ABSD & costing!!

Salam di tgh hari...

Hari ini2 hari yg active.. walaupun perut masih meragam tapi rase semangat!!

Pagi ni budak2 semua happy.. Aida okay.. Luqman pun alhamdullillah.. gi sekolah.. bawa cereal + mamee + apple juice.. Cik Aida nak bawa air kosong jea utk PE dia..

Rumah.. vacum da..
Laundry.. siap da..
Lipat baju.. siap da..
Pinggan Mangkuk.. siap cuci berkilat da..

Dapat la duduk buat kerja.. siapkan type BQ kat excel.. buat reference kat pusrawinye quotation utk dpt kan basic costing utk ape2 yg pernah buat mase pusrawi tu.. then research kat internet utk ape2 yg baru..
banyak gak dapat knowledge baru.. telephone pits, Precast telecommunication manhole .. terkejut gak adi bila tau mende tu berat!! kena hire lori & jengkaut utk korek lubang nanti..

Pastu search pasal wiring.. 2 pairs, 10 pairs, uPVC duct, MDF (Main distribution Frame.. bukannya papan MDF tu!! ).. SOP (standard of procedure) cuma TOP jea tak jumpa.. apa dia ye??

Telephone lak.. Analog phone.. nie yg simple cam zaman kuno tu.. Digital phone.. biasanya yg ade LCD screen kecik..Then PABX system..bagus betul.. siap ada explanation kat youtube!..Tapi tak dpt lak berape harga utk complete PABX system nie...

Tu je utk hari ni.. mase utk memasak lak... ape nak masak yea...?

07 April 2011

Petua pengambilan Makanan - Petikan drpd


Petua Pengambilan Pemakanan

Tanggapan yang betul tentang makanan dan kesihatan ialah semakin kurang anda makan, maka semakin sihat tubuh badan anda. Jika anda mengalami sesuatu penyakit, jangan cari apa yang perlu dimakan untuk memulihkan penyakit, tetapi carilah apa yang anda selalu makan sebagai punca penyakit.
Sekarang ini telah banyak kecelaruan terhadap sesuatu nasihat dan anjuran pengambilan makanan. Jika anda berpeluang berkawan dengan mereka yang mendakwa pakar pemakanan, cuba perhatikan diri mereka, mereka sendiri tidak dapat merealisasikan teori yang diperjuangkan. Kadang kala ada di antara mereka kelihatan perutnya buncit, kadang kala ototnya lembik dan kadang kala mukanya berjerawat, ada juga yang jiwanya tertekan. Mereka juga tidak yakin dengan apa yang mereka katakan kerana apabila dihidangkan, mereka akan makan juga apa yang mereka dakwa “tidak boleh makan”. Mungkin teori yang diuji secara makmal di luar tubuh manusia (yang turut mengandungi kuasa akal dan roh) menemui teori tertentu mengenai nutrisi, tetapi mengapa dalam kes tertentu pengambilanya tidak mujarab malah mendatangkan kesan sampingan.
Terdapat juga teknik penyediaan makanan yang dianggap mampu menghasilkan nutrien dengan baik, tetapi sebenarnya mendatangkan mudarat seperti memerah limau di atas daging atau minum jika tercekik atau pemekatan sesuatu bahan makanan. Ada juga sesuatu makanan yang sepatutnya dimakan tetapi dilarang, dan yang sepatutnya dihindari, tetapi digalakkan. Contohnya minuman ais sepatutnya perlu diambil dengan kerap dan makan berfiber kasar seperti pisang sepatutnya dielakkan, tetapi sebaliknya pula yang berlaku.
Dalam dunia perubatan klasik (allopathic medicine), apabila wujud sesuatu penyakit, mereka akan membuat kajian terhadap bahan yang terlebih atau terkurang dalam darah. Contohnya pesakit diabitis, didapati kandungan gula dalam darah berlebihan, maka dinasihatkan agar mengurangkan gula. Atau bagi pesakit yang mengalami tekanan darah rendah, mereka dinasihatkan agar mengambil bayam atau kerang. Atau jika seseorang yang mengalami kolestrol tinggi, pesakit akan dinasihatkan untuk memerah limau di atas daging yang ingin dimakan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa apabila sesuatu penyakit terjadi, didapati pesakit mengalami kekurang sesuatu zat makanan. Tetapi ini bukanlah bermaksud pesakit perlu mengambil dengan banyak makanan yang dianggap memiliki sesuatu zat. Sepatutnya nutrient yang berkurang hendaklah disukat kadar yang kurang serta kadar yang perlu diambil. Namun begitu, pengambilan nutrient semata-mata bukanlah penyelesaian kepada kekurangan neutrean dalam badan kerana jumlah neutrean dipengaruhi oleh faktor kemampuan tubuh untuk memproses, mencerna dan menggunakan nutrient yang diambil. Selagi organ dan sistem tubuh tidak mampu memproses nutrient, pengambilannya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Organ akan terbeban, nutrient akan disimpan dalam bentuk asid lemak dan urik asid, batu karang akan terbentuk di buah pinggang dan sebagainya.
Lebih malang lagi bagi sesetengah makanan, walaupun terdapat sesuatu nutrient, namun dalam satu makan yang sama terdapat juga bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Contohnya walaupun susu mengandungi banyak kalsium, tetapi susu juga mengandungi banyak protein yang akan membebankan hati dan buah pinggang .
Post ini akan mendedahkan kajian sebenar mengenai petua pemakanan berdasarkan konsep ilmu Colour Vibration Therapy. Kajian ini bukanlah sesuatu yang kontraversi memandangkan terdapat banyak pembuktian terhadap kesan pemulihan dan pengurangan simptom sesuatu penyakit.
Berikut ialah ringkasan pengenai sesuatu nutrient atau makanan serta kesan pengambilannya.
PROTEIN
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Protein tinggi seperti kobis, taugehSakit belakang hilangMata kabur,
Mengambil makanan daging tinggi protein yang banyak seperti daging ayam, kuning telurBadan sasaGatal kulit, kulit sensitif, berjerawat
Protein tinggi daripada soya seperti susu soya, tauhu, tau fu fa, tempe, kicap soya asliCergas sementaraSakit kepala, tekak loya
Protein tinggi daripada susu tinggi protein atau susu awal lembu atau susu IGGPlusBadan sasa, hilang sakit belakang, mengurangkan simtpom kencing manisMata silau, mudah demam secara tiba-tiba, masalah berkaitan buah pinggang, prostat dan masalah kencing
Protein teroksida daripada ikan yang diproses menjadi keropok dan fish ballatau fish cakeTinggi IQTrouma yang sukardilupakan. Prostat terganggu, masalah berkaitan kencing
Protein tepu iaitu protein yang disalut kolestrol seperti makanan yang diperah limau, keropok lekorTinggi IQStrok, koma, sebu atau angin, prostat terganggu, masalah berkaitan kencing
Semua makanan tinggi protein akan menyebabkan seseorang diserang demam secara tiba-tiba, seperti demam urat, demam panas, demam denggi dan sebagainya. Kesan terhadap kanak-kanak ialah masalah kekurangan EQ dengan tanda seperti degil, keras kepala lurus bendul, belajar dengan keputusan kecemerlangan yang tidak seimbang contohnya keputusan peperiksaan seperti 3A, 1 B, 1C untuk UPSR atau 5A, 2B, 2C untuk PMR. Tidak sepatutnya keputusan C untuk pelajar yang bijak dan tinggi EQ nya.
MAKANAN TAMBAHAN
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Makanan tinggi zat seperti spirulina dan multivitaminMenghilangkan simptom kencing manis. Memberi kecergasa sementara. Mencegah jangkitan penyakit (tidak dapat dibuktikan secara saintifik)Gangguan spiritual, kelesuan, kesan seperti urik asid, kesan seperti makanan tinggi protein
VitaminCMencegah jangkitanpenyakit (tidak dapat dibuktikan secara saintifik)Usus berdarah, melemahkan buah pinggang akibat batu karang
LOGAM BERAT
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Logam berat daripada bayam, mengkudu, kerang, hatiPelupa, tekanan darahtinggi
Logam berat atau makanan berat zat seperti herba yang dipekatkan atau kopi campuran herbaPelupa, keliru, mudah mengantuk, tekanan darah tinggi
Logamberat daripada kulit ikan yang ciri-cirinya licin danhitam seperti ikan keli, dan semua bahagian kepala ikan (walaupun ikantersebut kulitnya kasar dan cerah)Pelupa, keliru
Logam berat jugaboleh didapati daripada bahan kimia seperti cat, peluntur, cat anti melekat di kuali atau periuk. Dalam bentuk air, ia boleh didapati di dalam air bertakung yang terjemur di bawah cahaya matahari dan sumber air tidak mengalir. Antara contohnya ialah air yang telah lama disimpan, air telaga yang disekitarnya tercemar dan sungai yang dicemari bahan buangan industri
URIK ASID
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Urik asid daripada makanan berwarna kuning dan masam seperti buah yang telah lama dipetik, jeruk, cuka, makanan yang diperam.Gout, sendi tulang, kencing manis
Urik asid daripada yis yang digunakan untuk menghasilkan roti dan donat.Gout, perasaan tertekan
Urik asid daripada daging ayam bandar terutama bahagian kulitnya.Gout, sendi tulang
Urik asid daripada kopi dan teh yang diambil berlebihanGout, sendi tulang, tekanan perasaan, kekeliruan
Minuman bergas dan minuman berjenama NescefeGout, jantung, berdebar,sendi tulang, perasaan tertekan
Semua protein, kolestrol tepu, perasa, perawana dan pengoksidaan makanan akan menghasilkan urik asid
KOLESTROL TEPU
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Kolestrol tepu seperti sotong, udang, ketam, kerang, siput, perut, hati, serangga seperti belalang atau protein seranggaKekenyanganBuah pinggang lemah, masalah kencing, prostat, antibodi lemah, resdung, alergi
Kolestrol daripada minyak masak berasaskan tumbuhan seperti minyak soya, minyak kelapa sawit, minyak jagung (kecuali minyak bunga matahari, minyak kelapa dan minyak zaitun)Jantung, mata kabur, tekanan darah tinggi
Kolestrol daripada daging lembu terutama daging berger dan diproses hingga teroksida seperti baksoStrok, koma, tekanan darah tinggi
Semua kolestrol adalah ikatan protein dengan hidrogen. Kolesrol tepu ialah ikatan yang dicantumkan dengan asid amino seperti vitamin C. Kesan kolesrtol tepu juga menya mai dengan kesan pengambilan protein
TUMBUHAN MISTERI
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Tumbuhan pengurai (atau pengguna ketiga dalam rantaianmakanan) seperti cendawan atau kulat contohn ya seperti lingzhi ataugano atau pelbagai cendawan atau kulat yang dijadikan sayurMengurangkan aktiviti kanser, cergas sementaraKelesuan yang amat sangat kerana tenaga diserap
KIMIA DALAM MAKANAN
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Makananyang diletakkan perasa monosodiom glitumat MSG seperti makanan ringan dan makanan segeraKesan seperti urik asid, kesan seperti protein tinggi dan kolestrol tepu
Makanan yang diletakkan perasa pedasUsus berdarah
Makanan yang diletakkan perwarna seperti sirap dan mee kuningMasalah buah pinggang, masalah kencing, masalah kelenjar prostat
Makanan yang diletakkan penahan seperti buah mata kucing, buah longanAlergi, masalah penyakit kulit, kesan seperti urik asid
Makan yang dihasilkan secara kimia seperti kopi berjenama NescafeGout, kesan seperti urik asid, tekana perasaan
BUNGKUSAN BERTOKSIK /BERADIASI
MakananKesan SementaraKesan_Sampingan
Makanan yang dibungkuskan di dalam bekas bertoksik seperti polisterin dan botol plastik air mineralCirit-birit, gangguan hormon terutama kelenjar pitutari
Minuman yang dibungkuskan di dalam tetra pak seperti minuman kotak tarutama susu kotak kerana bungkusan boleh ditembusi bakteriaCirit-birit
Makanan dalam tin yang distrilkan dengan radioaktif seperti sardin, laici atau buah dalam tinKereputan tulang, gangguan saraf, kesan seperti urik asid
NARKOTIK
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Makanandan minuman berkoko seperti susu perasa coklat atau susu berkoko (milo, vico) kek coklat, coklat barCergas, melegakan tekanan perasaanKetagihan, kelenjar tiroid terganggu, dahaga, hilang selera makan, peluh berlebihan, kehilangan banyak mineral seperti pottasiom melalui peluh, sembelit
Semua minuman kopi yang berkefen dan minuman berjenama NescefeCergas, tidak mengantukKetagihan, kesan seperti urik asid, kesan seperti makanan tinggi protein, tekanan perasaan, sembelit, buasir atau masalah usus
Kurangkan Herba
Sepatutnya herba diambil atas nasihat pengamal profesional yang arif mengenai herba. Herba tidak sepatutnya dijual secara terbuka di pasaran tanpa preskripsi. Herba yang disediakan dalam bentuk minuman dan makanan kesihatan tidak mendapat sebarang masalah dari segi kelulusan Kementerian Kesihatan dan tidak tertakluk di bawah Biro Kawalan Farmasutikal Kebangsaan. Oleh itu, pengeluaran herba dalam bentuk makanan atau minuman kesihatan banyak dilambakkan di pasaran.
Kawal pengambilan kopi campuran herba
Kini herba dipasarkan dalam bentuk minuman kesihatan. Contoh yang paling banyak ialah kopi herba seperti kopi tongkat ali, kopi lingzhi, kopi gano, kopi mengkudu, kopi kacip fatimah, kopi manjakani dan sebagainya yang dipasarkan dengan pelbagai nama sama ada dicampurkan pelbagai herba atau hanya sesuatu herba sahaja. Walaupun benar dakwaan terhadap terapeutik dalam sesuatu minuman tersebut, namun ia hendaklah diambil mengikut keperluan. Jarakkan tempoh masa pengambilan lebih kurang seminggu sekali dan hanya secawan sekali minum. Jika anda memiliki kemahiran menjalankan diagnosis Applied Kinesiology, sila gunakan kaedah tersebut untuk menguji sama ada anda sesuai mengambil minuman tersebut pada ketika itu atau tidak. Tetapi sekali anda tidak boleh mengambilnya, bukan bermaksud anda tidak boleh mengambilnya buat selamanya, ujilah lagi untuk waktu yang lain pula.
Walaupun minuman kopi yang dicampurkan dengan tongkat ali baik untuk kesihatan dan darah, tetapi pengambilan yang berlebihan terutama kesan daripada kopi yang diambil, ia akan mengakibatkan kadar urik asid tinggi hingga boleh menimbulkan simptom seperti gout, pedih perut, perasaan tertekan, kekeliruan, cepat mengantuk atau mengantuk ketika memandu.
Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma Longifolia Jack
Sebenarnya daripada keseluruhan akar tongkat ali, hanya 20% daripada bahagiannya sahaja yang mempunyai bahan khas untuk kesihatan dan kekuatan lelaki. Tongkat ali akan menjadi betul-betul mujarab tanpa kesan sampingan sekiranya 20% bahagian tersebut dikenalpasti dan diekstrak untuk dijadikan ramuan perubatan tongkat ali.
[kopi_x.jpg]
Bahagian yang lain mempunyai bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh malah mendatangkan kesan sampingan jika diekstrak keseluruhan bahagian akar tongkat ali tersebut. Antaranya ialah bagian akar rerambut, ia mengandugi banyak logam berat seperti fenol, tanin dan polisakarida. Logam berat boleh mengganggu saraf otak di bahagian Medulla Ablongata (NW8) yang boleh menyebabkan kekeliruan.
Terdapat juga beberapa bahan steroid di dalam ekstrak tongkat ali seperti Tanin dan Sildenafil. Sildenafil dalam kuantiti yang sedikit akan memberikan ketenangan dan merangsang Hormon Testosteron. Sildenafil yang diambil berlebihan boleh menyebabkan suhu badan tidak terkawal, mempercepatkan gerakkan jantung. Pengambilan sildenafil berlebihan akan menyebabkan kesan seperti pening kepala seperti migrain dan mata pedih seperti hendak tersembul hingga boleh menyebabkan buta (akibat kerosakan saraf mata) dan mematikan aktiviti otak sehingga mengakibatkan maut.
Hindari pengambilan mengkudu
Terdapat beberapa herba yang tidak sesuai sama sekali diambil tidak kira walau apa keadan sekali pun ialah mengkudu. Walaupun ia mempunyai antipengoksidan, namun ia mempunyai logam berat yang amat tinggi. Logam berat boleh mengganggu Kelenjar Pitutary (NW2). Campurannya dengan kopi menjadikan logam berat tersebut terlampau aktif dan berasid tinggi. Antara kesan yang biasa terjadi kepada mereka yang mengamalkan meminum kopi yang dicampurkan dengan mengkudu ialah keliru [kesan urik asid yang membebankan Pankreas (NW15) yang mengganggu Medulla Ablongata (NW8)], pelupa dan hilang ingatan sementara [kesan logam berat yang mengganggu Kelenjar Pitutary (NW2)]. Dalam tempoh jangka panjang, ia akan menyebabkan tulang tidak mampu memendam urik asid dan boleh menyebabkan masalah Tulang (NW20) seperti sakit sendi.
Hindari pengambilan cendawan
Simbiosis manusia dengan tumbuhan hedaklah dalam bentuk yang saling seimbang sifatnya. Tumbuhan yang mempertenagakan ialah tumbuhan yang sifatnya memberi tenaga. Keadaan sesuatu sifat tumbuhan mempengaruhi sifat DNA dan RNA tubuh.
Semua tumbuhan berbunga adalah Primary Consumer (atau juga disebut tumbuhan pengeluar) yang berperanan memproses tenaga matahari menjadi tenaga. Manakala tumbuhan tidak berbunga (daripada kumpulan kulat, lumut, alga, paku pakis) adalah tumbuhan bukan pengeluar sebaliknya pengguna secara parasit dan juga pengurai (Third Consumer / Pengguna Ketiga dalam rantaian makanan). Dalam rantaian makanan, manusia ialah pengguna kedua dan kulat serta cendawan ialah pengguna ketiga.
Hukum Tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi ia boleh diubah dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Tenaga dalam rantaian makanan akan mengalir dari pengguna pertama ke pengguna kedua dan berakhir ke pengguna ketiga. Sekiranya manusia mengambil cendawan atau kulat sebagai makanan, bermaksud manusia meletakkan pengguna ketiga di dalam tubuh pengguna kedua. Dalam bahasa yang lebih mudah, tenaga daripada tubuh akan diserap oleh bahan daripada cendawan atau kulat.
Kulat atau cendawan yang biasa berada dalam pasaran ialah seperti Ganoderma atau lebih polular dengan nama Lingzhi. Lingzhi mengandungi bahan yang hanya terdapat di dalam batu arang iaitu Germanium. Memandangkan germanium ini berasal dari benda hidup, ia dipanggil Germanium Organic. Meletakkan germanium di dalam tubuh umpama meletakkan bahan api yang akan menggunakan tenaga di persekitarannya. Selain itu lingzhi juga mengandungi ergosterol, coumarin, manitol, fungal lysozyme, protease acid, protein yang larut dalam air, amino acid, polipeptidase, natrium, kalsium, seng, kobalt, dan mangan yang hampir kesemuanya merupakan logam berat.
Kesan pertama pengambilan lingzhi ialah tenaga dalam bentuk lemak dan urik asid akan diserap keluar. Pengguna akan rasa sedikit kesegaran kerana mendapat sedikit tenaga akibat pembakaran lemak serta penurunan berat badan juga akan berlaku. Sekiranya terdapat kanser atau ketumbuhan, lingzhi akan menyerap tenaga kanser sehingga kanser boleh mengecut dan pulih. Tetapi pengambilan yang berterusan tanpa pengawasan dan nasihat daripada pengamal perubatan complimentary profesional, lingzhi akan menyerap nutrien tubuh serta tenaga di dalam sel. Tetika itu, mereka yang kerap mengambil lingzhi akan kelesuan pada waktu malam atau setelah bekerja. Kemudian setiap kali mengimbil lingzhi, tubuh akan merasa cergas untuk tempoh tidak melebihi 30 minit.
Selain lingzhi, sayuran cendawan dan kulat juga adalah katagori yang sama iaitu pengguna ketiga yang menyerap tenaga tubuh. Cendawan dalam bentuk herba campuran kopi atau ditumis sebagai hidangan bersama nasi hendaklah dihindari.
Selain sifatnya yang menyerap tenaga, ia tumbuh subuh di tempat bertekanan rendah iaitu di kawasan reputan yang udaranya mengandungi ion berproton tinggi dalam kelembapan tanpa peredaran udara dan di tempat yang redup atau malap. Sifat unik ini menyamai dengan sifat gelombang jarak jauh iaitu di luar spektrum warna dan gelombang tubuh manusia (tubuh manusia antara 0 nanometer ke 800 nanometer). Hukum Keseimbangan menyatakan, keseimbangan penglihatan manusia adalah sama dengan gelombang yang terdapat dalam tubuh. Sekiranya seseorang itu sering terlihat cendawan, bermaksud gelombang dirinya amat rendah (gelombang jarak jauh) dan dirinya perpenyakit terutama penyakit saraf dan juga berkaitan dengan gangguan spiritual.
Hindari slimming menggunakan chitosan
Chitosan bertindak dengan cara menggumpalkan protein. Pada peringkat pertama, chitosan akan menggumpalkan protein yang berlebihan dalam darah dan juga disepanjang saluran penghadaman. Tetapi pada peringkat kedua, chitosan akan menggumpaklan protein yang diperlukan oleh tubuh.
Pada peringkat awal pengambilan chitosan, seseorang akan merasa banyak mengeluarkan peluh dan tubuh rasa bertenaga. Pada peringkat di mana anda tidak lagi berpeluh setelah beterusan mengambil chitosan, ketika itu chitosan telah mula menguraikan protein dan anda akan kehilangan banyak tenaga. Sekiranya tekanan darah rendah, mereka yang mengambil chitosan berlebihan akan mudah pengsan.
Sebagai panduan, bagi mereka yang menggunakan produk slimming yang bercampur dengan Chitosan, hentikan pengambilannya jika anda tidak lagi mengeluarkan peluh.
Panduan Pengambilan Herba
Herba yang terbaik ialah herba yang telah diperhaluskan dan telah dicairkan. Herba yang pekat yang direbus berulang kali hendaklah dihindari.
Herba atau produk berasaskan tumbuhan yang terbaik hendaklah diekstrak melalui cool compressed (tekanan sejuk) dan bukan melalui rebusan atau pemanasan.
Cara pengambilan herba hendaklah dengan dos yang bersesuaian dengan keperluan kesihatan yang telah didiagnos oleh pengamal profesional complimentary.
Herba boleh dipertenagakan dan herba jenis ini paling cepat kemujarabannya, paling kurang kesan sampingan dan selamat di ambil dalam dos yang berlebihan (kerana tenaga daripada herba itu sendiri akan menyingkirkan dirinya sendiri jika tidak diperlukan)
Jangan ambil herba sebagai langkah pencegahan penyakit atau ketika sedang sihat, ambil ketika tahap kesihatan memerlukan sahaja.
Kurangkan Food Supliment
Di negara maju seperti US (United States), kebanyakkan makanan tambahan seperti Vitamin C, Spirulina dan susu tinggi protein telah diharamkan (sila rujuk JAMA the Journal of the American Medical Association). Namum pengeluarannya masih diteruskan dan dilambakkan ke negara ketiga seperti Malaysia dan dijual dalam bentuk jualan jangsung. Pernah satu ketika dalam tahun 1994 syarikat susu Fernleaf mengeluarkan susu tinggi protein yang digelar “susu awal lembu”, kemudian menarik balik stok tersebut daripada pasaran pada tahun 1997. Jika makanan tersebut didakwa sebagai sumber nutrient “terhebat” di negara ini, di negara pengeluar itu sendiri iaitu Amarica, makanan seperti ini tidak dihiraukan atau mereka senyap daripada membincangkan perkara ini.
Vitamin C
[orangelemon1.jpg]Semua makanan yang kita ambil seharian yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai banyak Vitamin C. Vitamin C sukar wujud dalam keadaan yang tulen melainkan dalam bentuk yang telah teroksida. Setakat ini hanya sebuah syarikat pharmaceutical bernama Phizer sahaja yang mempunyai teknologi menyediakan Vitamin C dalam bentuk tulen.
[vitamin_x.jpg]
[orangelemon1.jpg]Walaupun Vitamin C mempunyai banyak asid folik, tetapi sekiranya ia wujud dalam bentuk yang banyak dalam keadaan teroksida, ia akan membentuk urik asid. Vitamin C yang banyak dalam darah akan membentuk kristal gout yang berupa seperti kon yang tajam. Ia boleh terbentuk di tapak kaki, buah pinggang dan usus besar. Pengambilan Vitamin C beserta makanan berkalori tinggi seperti kari dan cili akan menyebabkan berak berdarah. Pengambilan Vitamin C beserta makanan berprotein tinggi seperti keropok lekor, soya dan kobis boleh menyebabkan kencing berdarah.
[orangelemon1.jpg]Vitamin C apabila bertembung dengan protein, Vitamin C akan meyelaputi pretein. Protein yang diselaputi protein membentuk sejenis kolestrol yang tepu dan tidak boleh dihadam. Protein jenis ini akan menyebabkan saluran kapilari yang halus tersumbat. Jika berlaku penyumbatan saluran darah di otak, ia boleh menyebabkan simptom seperti strok.
[orangelemon1.jpg]Sumber Vitamin C yang baik, tidak teroksida dan mudah bersenyawa dengan DNA dan RNA sel ialah daripada daging kambing. Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan memiliki kulit yang cerah, gebu, sihat dan cantik. Maklumat lanjut mengenai daging kambing, sila rujuk post dalam blog ini bertajuk Terapi Kambing.
Spirulina
Spirulina diperkenalkan di Malaysia dengan dakwaan bahawa ini adalah makanan tambahan angkasawan di America. Memang tidak dapat dinafikan bahaya satu ketika dahulu spirulina telah dipilih menjadi makanan tambahan untuk angkasawan. Tetapi ia telah diharamkan penggunaanya di America sejak tahun 2003.
Spirulina ialah makanan yang mempunyai paling banyak mineral dan nutrient di dalamnya. Hampir semua jenis protein terdapat di dalam spirulina dan mineral yang terdapat di dalamnya termasuk juga mineral berat yang boleh menjejaskan saraf gan mengganggu hormon.
Mereka yang mengalamalkan memakan spirulina akan mengalami masalah gangguan Kelenjar Pineal (NW1), gangguan pusat kawalan hormon iaitu Kelenjar Pitutary (NW2), sistem limpatik (NW12) serta membebankan darah (NW18). Apabila saraf terjesas, hormon terganggu, sistem limpatik dan sistem darah lemah, ia boleh mewujudkan fenomena penyakit misteri seperti halusinasi, kelesuan, atau pelbagai penyakit spiritual yang didakwa sebagai santau, saka dan sihir.
Kesan gangguan terhadap sistem hormon boleh menyebabkan mereka yang mengambil spirulina mudah menjadi panas baran atau cepat marah. Pengumpulan zat atau nutrient yang terlalu tinggi, akan meyebabkan ia tersimpan sebagai asid lemak dan urik asid. Kandungan urik asid di dalam darah yang tinggi akan menyebabkan Pankreas (NW15) terbeban selain boleh menyebabkan mudah tension atau depression atau tekanan perasaan akibat gangguan daripada organ Medulla Ablongata (NW8). Antara kesan lain akibat daripada masalah urik asid ialah gout.
Kandungan protein salam spirulina yang tinggi akan menjadikan beberapa organ dalaman seperti Pankreas (NW15) dan Perut (NW12) mendapat tenaga yang mencukupi pada peringkat awal. Seseorang yang mengambil spirulina pada peringkat awal akan merasa cergas, otot pejal dan hilang sakit belakang. Tetapi mengambilan yang berterusan akan menyebabkan Buah Pinggang (NW13) terbeban dengan protein yang tinggi. Akhirnya mereka yang mengambil spirulina secara berterusan akan menghadapi simptom yang berkaitan dengan buah pinggang seperti beberapa masalah kencing sepeti kencing tidak lawas, tidak tahan hendak terkencing, kencing malam (ketika sedang tidur), kerap kencing tetapi sedikit air kencing yang keluar sedikit dan pada peringkat yang kronik, pengambilan spirulina serta meno makanan yang mengandungi banyak protein akan menyebabkan kencing bercampur dengan berdarah.
Susu Tinggi Protein
Susu ini dinamakan dengam pelbagai nama sama ada IGG Plus, Kolestrom, Susu Awal Lembu dan sebagainya. Ciri-ciri susu ini ialah ia mengandungi protein pada jumlah melebihi 1,500 mg bagi setiap segelas hidangan. Susu untuk
makanan tambahan atlit atau ahli sukan pula adalah antara 2,000 mg hingga 10,000 mg.
Susu Awal Lembu ialah nama yang digunakan oleh syarikat Fernleaf ketika ia pernah dipasarkan dalam pasaran terbuka satu ketika dahulu. Susu IGG Plus atau Kolestrom banyak dijual dalam bentuk jualan langsung manakala susu makanan tambahan atlit atau ahli sukan banyak dijual di farmasi atau kedai khas untuk ahli sukan. Bezanya ialah Susu IGG atau Kolestom mengandungi protein rambang manakala susu makanan tambahan atlit mengandungi protein khusus.
Antara kesan daripada pengambilan susu tinggi protein ialah:-
  • Mata silau dengan cahaya (akibat hati [NW12] terjejas)
  • Kerap buang air kecil (akibat prostat [NW12] terjejas)
Dalam tempoh jangka panjang, pengambilan susu tinggi protein akan meningkatkan kadar urik asid dan melemah sistem immune dan seseorang itu berisiko menghidap demam dan mudah dijangkiti penyakit berjangkit seperti Denggi, taun dan selsema.
Kurangkan Protein
Protein kata dasarnya protos dalam bahasa Yunani bermaksud “Perdana”.
Protein mempunyai banyak pecahan mengikut jenis ikatannya (hidrogen, karbon, nitrogen, oksogen dan terdapat juga sulfur dan fosforus). Setiap jenis ikatan protein ini berbeza berdasarkan sumber yang berbeza antaranya protein tumbuhan seperti soya, kobis dan taugeh. Protein haiwan daripada ikan, ayam dan daging. Protein yang telah membentuk kolestrol seperti minyak kelapa sawit, minyak kacang soya dan minyak jagung. Protein yang membentuk alhokol yang dijadikan minuman keras. Protein yang membentuk kolestrol tepu seperti sotong, udang, ketam, kerang, siput, organ dalaman haiwan seperti perut atau usus, hati dan limpa. Di dalam tubuh pula, karbohidrat yang berlebihan apabila bertemu dengan air (unsur hidrogen) akan disimpan dalam bentuk lemak protein yang menunggu masa untuk diurai (penghidogenan) menjadi protein tenaga.
Tumbuhan yang mengandungi banyak protein boleh dikenalpasti melalui ciri-ciri seperti berikut:
  • Tidak mendapat dedahan cahaya matahari yang mencukupi.
  • Fizikal yang keras dan kenyal (akibat daripada pembinaan protein).
  • Turut mengandungi karbohidrat (rasanya agak manis dimakan mentah).
  • Kekurangan klorofil (kurang warna hijau, biasanya berwarna putih).
  • Mudah busuk atau rosak atau tidak boleh disimpan lama (disebabkan protein amat disukai oleh bakteria).
Tumbuhan yang sepatutnya dimakan oleh manusia ialah [protein_x.bmp]tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri pengeluar iaitu tumbuhan yang mampu memproses makan sendiri dan menukarkan cahaya matahari kepada tenaga. Tumbuhan yang boleh membuat makanan sendiri ialah tumbuhan yang terdedah daunnya terhadap pancaran cahaya matahari dan memiliki klorofil. Oleh itu tumbuhan ini sepatutnya mempunyai daun hijau. Tumbuhan yang tidak memiki klorofil akan kelihatan putih atau gelap kemerahan. Akibat tidak mampu membuat makanan sendiri, tumbuhan ini akan membina dan menyerap protein untuk menguatkan strukturnya hingga ia kelihatan keras dan kenyal. Tumbuhan ini juga boleh menghasilkan karborhidrat untuk kegunaannya sendiri.
Contoh tumbuhan yang mempunyai kandungan protein tinggi ialah kobis, taugeh dan soya. Selain tumbuhan, protein juga banyak di dapati dalam susu terutama susu awal lembu atau susu lembu yang diambil ketika dalam tempoh sebulan setelah lembu melahirkan anak. Kuning telur juga mengandungi banyak protein.
Kesemua pecahan ini akan diproses oleh Hati (NW12). Protein yang berlebihan dalam darah yang tidak digunakan sebagai tenaga akan dinyahkan oleh Buah Pinggang (NW13). Sekiranya seseorang mengambil terlalu banyak makanan berprotein, makan dah buah pinggang akan menjadi lemah terjejas fungsinya.
Di negara maju, susu tinggi protein telah diharamkan penjualannya dan kini ia dilambakkan di negara ketiga dalam bentuk jualan langsung.
Protein akan secara serta merta menjejaskan hati dan buah pinggang hingga menimbulkan simptom major seperti berikut:-
  • Melemahkan EQ.
  • Kekaburan mata dan mata bersilau.
  • Melemahkan buah pinggang dan gangguan kencing.
Pusat tenaga EQ (Emotional Quotient) terletak pada Hati (NW12). Hati berperanan memproses protein. Sekiranya terdapat protein berlebihan di dalam tubuh, hati akan terbeban. Akibatnya daya kekuatan EQ akan lemah. Kelemahan EQ menjadikan seseorang mudah lurus bendul, tidak kreatif atau telalu keras kepala. Walaupun dari segi pelajaran, mereka boleh menghafal dengan baik, tetapi kefahamnya terhadap pejaran amatlah lemah.
Mata amat berkait rapat dengan Hati (NW12) dalam hubungan sympathetic. Kekuatan iris mata dan kawalan tahap pembukaan dan penutupannya bergantung kepada tenaga dari Hati. Jika Hati terbeban dengan protein tinggi, mata akan menjadi silau dengan cahaya terang. Mata akan kelihatan seoalah-olah hendak terpejam kerana tidak mampu menerima cahaya yang banyak.
Hubungan sympathetic yang rapat antara mata dengan hati juga dapat dilihat daripada penyakit jaundis dan hepatetis. Simptom tersebut dapat dikesan daripada tanda mata kelihatan kekuningan. Selain itu, hati juga berfungsi memproses kolestrol. Kandungan kolestrol yang tinggi menyebabkan kekenyalan kanta mata berkurang. Akibatnya mata menjadi kabur atau rabun jauh atau rabun dekat.
Protein yang berlebihan dalam darah akan diproses untuk penyingkiran dan penyusunan nutrient di bahagian Buah Pinggang (NW13). Jika kandungan protein tinggi dalam darah.
Sekiranya anda dapat menghentikan
pengambilan protein yang tinggi,
maka 80% daripada penyakit anda
dapat dirawat secara semula jadi!
Awasi Logam Berat
Logam ialah ialah meneral yang amat mudah bertindak balas dengan persekitaran. Salah satu kesan tindak balas ialah pengoksidan. Mineral yang teroksida digelar mineral berat.
Mineral amat diperlukan oleh sesuatu kelenjar untuk menghasilkan enzim. Kelenjar akan menyerap mineral, memproses dan menghasilkan enzim. Sekiranya terdapat mineral berat terserap, kelenjar akan terbeban. Bebanan ini adalah punca kepada kegagalan kelenjar untuk berfungsi dengan baik atau menyebabkan rembezan hormon tidak sempurna.
Setiap hormon memainkan peranan tertentu. Gangguan hormon pada tubuh badan akan menyebabkan banyak masalah kesihatan. Berikut ialah kesan gangguan yang dikaitkan dengan peranan sesuatu kelenjar yang menghasilkan sesuatu hormon.
Organ/ KelenjarSimptom kekurangan hormon / enzim
Pineal(NW1)Lemah tenaga, lemah semangat, tiada mood, temenung, hilang keyakinan diri, halusinasi. Antara tandanya ialah bulu roma mudah meremang
Pitutary(NW2)Lemah ingatan, pelupa, nyanyuk, ketuaan, pesakit epilepsi(sawan) diserang hilang ingatan. Antara tandanya ialah lupa atau mudah hilang barang yang baru diletakkan
Tyriod(NW9)Selalu mudah kehausan tekak atau dahaga. Selera makan berkurang, kurnag stamina ketika bersenam. Serangan kesakitan bagi pesakit goiter (beguk)
Hati(NW12)Hilang selera makan, serangan atau kemudaratan bagi pesakit G6PD, telesemia dan amenia atau penyakit yang berkaitan hormon dalam darah, senak perut selepas makan, tidak merasa kenyang ketika makan atau makan melampaui batas hingga kembung perut dan tidak mampu bangun dari tempat makan.
Perut(NW12)Lapar keterlaluan, obesiti, kegemukkan atau terlalu kurus kerana protein tidak dapat dicernakan secara semulajadi.
Limpa(NW12)Bengkak atau sakit seperti simptom gout di bahagian lutut, urat bengkak, sakit di lengan dan bawah ketiak, sakit di bahagianpangkal peha
Hempedu(NW14)Kulit kasar, batu hempedu. Antara tandanya ialah sakit atau senak ketika makan, pemarah atau panas baran, najis pucat atau seperti lumpur
Adrenal(NW13)Lemah seksual, cepat klimaks atau tidak dapat klimaks, tidak sensitif atau gangguan kepekaan. Masalah prostat yang berkaitan dengan masalah kencing seperti kerap kencing, air kencing sedikit, tidak tahan ingin buang air kecil. Antara tandanya apabila dicucuk pinggang, tidak terperanjat atau geli.
Pankreas(NW15)Diabetis (kencing manis), urik asid tinggi dalam darah, mata kabur. Pesakit diabetis pengsan.
Ovari/ Testis (NW16)Lelaki lembut atau perempuan kasar, kemurungan, kemandulan
Sumber mineral berat ialah seperti berikut:-
  • Kulit ikan yang licin, halus dan berwarna gelap
  • Bahagian kepala semua jenis ikan.
  • Tumbuhan yang akarnya menjalar atau akar serabut seperti bayam dan kobis
  • Cat atau lapisan tahan melekit pada kuali atau periuk
  • Air bertakung yang disempan lama atau terdedah kepada cahaya matahari
  • Air telaga
  • Air sungai yang dicemari sisa perindustrian
Kurangkan Air
Kandungan air dalam tubuh badan manusia ialah kira-kira 69.8%. Namun dakwaan menyatakan kita memerlukan air sebanyak 7 gelas atau 1,500ml air sehari adalah tidak benar. Hakikat sebenarnya ialah kita hanya memerlukan 300 ml air sahaja sehari. Jumlah tersebut ialah kira-kira 1 1/2 gelas sahaja.
Sebenarnya setiap kali kita mengambil segelas air sekali gus, hanya 1/7 sahaja (atau kira-kira 43 ml) daripadanya yang akan diserap oleh tubuh. Untuk mendapatkan 300 ml sehari, kita terpaksa mengambil 7 gelas air sehari.
Dengan adap minum yang betul, kita tidak perlu memaksa diri mengambil terlalu banyak air untuk keperluan seharian. Bukannya mudah untuk mengambil air yang terlalu banyak (1,500ml) sehari dan jika boleh, ia tidak dapat dilakukan setiap hari. Malah pengambilan air yang berlebihan ia boleh mendatangkan kesan sampingan pula.
Antara kesan pengambilan air yang berlebihan ialah:-
  • Mengganggu proses penghadaman hasil tindak balas enzim dan hormon yang cair. Penghadaman memerlukan keadaan suhu yang panas di dalam perut dan kering. Kebasahan akan mengganggu proses penghadaman dan menurunkan suhu di dalam perut. Makanan yang tidak dihadam tidak akan membentuk tenaga sebaliknya akan dinyahtinjakan atau ditukar kepada asid lemak.
  • Pengaliran banyak mineral keluar melalui perkumuhan seperti perpeluhan yang berlebihan, pembuangan air kecil dan penghembusan nafas.
  • Pembentukan banyak asid lemak hasil tindak balas hidrogen dalam air dan karbon dalam karbohidrat. Mengambil nasi yang disulami dengan air akan menyebabkan pembentukan asid lemak cepat berlaku.
  • Pengambilan 1,500ml air dalam tempoh 3 jam boleh menyebabkan air itu dimuntahkan semula.
  • Pengambilan air yang banyak sedangkan ia tidak boleh serap atau dihadamkan akan menyebabkan darah menjadi cair. Antara tanda darah cair ialah rasa pening kepala.
Untuk mengatasi masalah terpaksa mengambil air berlebihan yang mengakibatkan kesan sampingan, berikut ialah adap pengambilan air yang sepatutunya dimalkan:-
  • Tubuh hanya mampu menyerap air dengan berkesan sekiranya minuman diambil sedikit demi sedikit. Oleh itu, minum seteguk demi seteguk, jangan minum sekali gus air di dalam cawan / gelas. Dengan cara ini hampir keseluruhan air yang diminum akan diserap oleh tubuh.
  • Makanan yang di makan akan diproses melalui proses pencernaan oleh enzim-enzim tertentu. Proses ini berjalan lancar sekiranya enzim tersebut berada dalam kepekatan yang sesuai. Kepekatan ini akan terganggu jika wujud kehadiran terlalu banyak air. Tunggu kira-kira 10 ke 30 minit selepas makan untuk mengambil air. Jika tercekek, suap lagi makanan dan kunyah kemudian terus telan bersama dengan makan yang tercekek. Untuk mengelakkan rasat tercekek atau makanan melekat di kerongkong, jilat dahulu garam sebelum makan.
  • Proses pengangkutan makan dari mulut ke dalam perut melalui esofagos dipanggil peristalsis. Peristalsis ialah proses pengembangan dan menguncupan otot esofagos untuk menolak dan membawa makan dari mulut ke perut. Proses ini juga berlaku dibahagian usus dan beberapa saluran lain dalam tubuh cuma ia lebih ketara di bahagian esofagos. Apabila peristalsis berlaku, tenaga yang besar diperlukan. Sekiranya perses peristalsis berlaku dengan banyak dan serentak, esofagos akan menjadi lemah. Untuk mengatasi masalah ini, jangan telan air dalam tegukan yang besar dan jangan meneguk secara berturut-turut tanpa henti. Teguklah perlahan-lahan dalam secara seteguk demi seteguk dan dengan tegukan yang kecil.
  • Semasa sedang kepenatan dan kahausan, paru-paru akan menarik nafas dengan kencang dan ruang trakea yang berselari dengan esofagus memerlukan ruang yang lebih luas. Jika kita minum air ketika terlalu haus, ia akan menyebabkan gangguan pernafasan atau tercekek ketika minum. Oleh itu, elakkan minum ketika terlalu haus atau terlalu dahaga. Jika terpaksa, minumlah dengan tegukkan yang kecil atau dengan cara melalukan air di atas lidah. Sebaiknya jilatlah gula atau mengambil secubit manisan sebelum minum.
Kurangkan Fiber
Fiber bukanlah nutrient. Fiber akan memberi rangsangan kepada sel otot untuk bergerak dengan aktif dan bertenaga. Oleh itu fiber akan membatu melancarkan segara sistem dalam tubuh yang memerlukan pergerakan. Antara bahagian yang mendapat manfaat besar daripada kehadiran fiber ialah usus besar, saluran darah, jantung daluran urinari otot motor dan sebagainya.
Fiber pada jumlah yang sedikit dan terkawal akan membatu fungsi otot seperti normal. Tetapi dalam jumlah yang banyak fiber akan menjadikan otot berfungsi dalam keadaan yang berlebihan. Otot yang bekerja secara berlebihan akan menjadikannya panas dan aktivitinya akan terhenti secara tiba-tiba.
Sebagai contoh pertama, pengambilan pisang (yang didalamnya mengandungi fiber) dalan jumlah yang banyak akan menyebabkan seseorang mudah membuang air besar dengan lancar pada keesokan harinya. Kemudian pada hari seterusnya, mereka akan mengalami masalah sembelit atau sukar untuk membuang air besar.
Pengambilan fiber bagi seorang atlit akan menjadikan mereka amat lincah dan tangkas ketika bersukan atau beraksi. Tetapi pengambilan yang terlalu banyak dan aktiviti sukan dilakukan pada waktu tengah hari atau panas, atlit tersebut boleh mengalami kejutan isyarat motor yang menyebabkan kekejangan di otot atau “sudden death” (mati mengejut) ketika beraksi.
Walaupun fiber mendatangkan kemudaratan kepada kita, tetapi fiber masih tetap diperlukan. Sebenarnya terdapat dua jenis fiber iaitu fiber lembut dan biber kasar. Fiber kasar ialah fiber yang bertindak serta-merta seperti buah ciku dan buah pisang. Fiber lembut ialah fiber yang boleh diurai setelah empat peringkat proses pencernaan iaitu dari jenis timun dan labu seperti timun batang, tembikai, labu. Fiber terbaik ialah Timun Cina kerana kurang sejuk dan mudah terurai dengan sindiri dan tidak akan menjejaskan otot jika diambil berlebihan.
Timun Cina mudah disediakan. Berikut ialah resipi penyediaan jus timun.
Bahan-bahan;
1 batang Timun Cina
4 sudu besar gula (untuk penyediaan 1 jug air)
1 jug air
Ais kiub (untuk penyediaan 1 jug air)
Cara-caranya;
Potong timun secara kecil-kecil seperti penyediaan rojak buah.
Kemudian masukkan ke dalam pengisar.
Masukkan bersama 4 sudu besar gula.
Masukkan air kira-kira suku tabung pengisar tersebut.
Kisar hingga hancur.
Salin kisaran tersebut ke dalam jug dengan menggunakan penapis.
Boleh juga ambil sedikit hampas timun tersebut untuk dimasukkan ke dalam jug untuk mengekalkan rasa manis.
Minum segera dalam tempoh 30 minit penyediaan kerana gula akan diuraikan (menjadi glukus ringkas) hingga rasa manis hilang.
Anda boleh menguji kuasa penguraian timun dengan cara mencelupkan satu batang cili yang telah dibelah 4. Tunggu hingga 30 minit, kemudian cuma kunyak cili tersebut, didapati rasa pedas telah hilang.
Ujian kedua ialah dengan menuangkan jus timun (tanpa gula) ke atas pinggan kotor berminyak. Didapati pinggan lebih cepat bersih dan tanggal dengan mudah kerana timun telah menguraikan kolestrol dan minyak di atas pinggan.
Pengambilan Timun Cina sebagai alternatif kepada fiber kasar akan membantu meningkatkan tahap kesihatan, mengatasi sembelit dengan cara yang lembut, mengelakkan kekejangan otot dan mencegah jantung daripada berhenti secara tiba-tiba. Ia boleh diamalkan selalu tanpa had dos kerana ia akan menyingkirkan dirinya sendiri jika berlebihan di dalam tubuh. Gula yang dikisar bersama dengan timun akan serta merta terurai menjadi tenaga dalam bentuk glukos yang tidak akan membebankan pankeras sama sekali.
Lebihkan Kolestrol
Kolestrol terbahagi kepada baik dan jahat. Tetapi kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kesan sampingannya sendiri. Kolestrol baik memberi manfaat kepada jantung tetapi ia boleh terbentuk menjadi tepu dan menyekat arteri dan boleh menyebabkan pembekuan darah di bahagan kepala atau menyebabkan strok. Kolestrol jahat adalah punca kepada serangan jantung tetapi kehadirannya akan melancarkan pergerakan darah. Ia banyak menyumbang kepada rasa cinta, nafsu dan keghairahan kepada seseorang. Oleh itu, istilah “kolestrol jahat” dan “kolestrol baik” adalah tidak sesuai digunakan lagi!
KOLESTROL BAIK
Sumber:Minyak soya, minyak jagung, munyak kelapa sawit
KOLESTROL JAHAT
Sumber:Daging lembu, minyak sayuran, minyak bunga matahari
ManfaatUntuk melancarkan pergerakan darah di dalam jantungMemberi rasa cinta, nafsu, keinginan dan keghairahan. Menguatkan antibodi semulajadi tubuh. Mengawal suhu badan.
MudaratPunca strok, pembekuan darah di otak.Punca darah tinggi, kegemukkan, serangan jantung
Kolestrol tepu
Kolestrol tepu ialah ikatan protein yang diselaputi oleh asid, biasanya daripada vitamin C atau asid folik. Sumber kolestrol tepu adalah seperti berikut:-
Kolestrol tepu berkeupayaan mengelakkan protein daripada teroksida di samping mampu menyimpan mineral seperti potassiom, iodin dan magnesium yang tinggi dan penting untuk keperluan tubuh. Tetapi kehadiran kolesrtol tepu yang berlebihan akan menyebabkan tubuh tidak mampu menguraikannya. Akibatnya ialah antibodi (Kawalan Biotik NW5) akan lemah. Antara simptom kelemahan pusat kawalan biotik ialah mudah mendapat alahan, resdung, gatal kulit, berbintat di kulit, kemurungan (akibat daripada gangguan hormon NW16) dan sebagainya (sila rujuk Ringkasan Formula NW5).
Kolestrol tepu tidak akan menyebabkan gangguan jantung atau pembekuan saluran darah. Ia sebenarnya menyimpan tenaga dalam bentuk asid lemak. Dalam tempoh jangka panjang, kolestrol tepu akan dikumpulkan di bawah kulit dan membentuk kutil atau ketuat atau tahi lalat. Lazimnya ia banyak tumbuh di kawasan atas pipi, tepi hidung, leher dan bahu dan belakang dada. Ketumbuhan dalam organ pula boleh membesar hingga mengganggu fungsi organ dan kerap kali disangka kanser. Biasanya pembesaran ketumbuhan ini akan terhenti pada sesuatu tahap atau sekuranya saluran darah di bahagian pengumpulan kolestrol tepu tersebut tersekat.
Buah zaitun
Buah zaitun mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan sejak dari dulu dalam dunia perubatan. Buah zaitun langsung tidak mengandungi kolesrtol malah bertindak menguraikan kolestrol yang tepu di dalam hati (NW12). Pengambilan buah zaitun paling sesuai dalam bentuk minyak masak.
Minyak zaitun mempunyai dua lapisan molekul yang setiap satu masing-masing mempunyai frequensi berbeza. Kedua-dua lapisan ini mempunyai frequensi di bawah 200 nanometer atau menyamai sinar (seakan warna putih tetapi lebih sesuai diistilahkan sebagai “sinar”). Lapisan molekul yang pertama (lapisan luar) berfungsi untuk memecahkan kolestrol tepu atau toksik yang terdiri daripada bahan kimia seperti perasa makanan, pewarna tiruan dan pengawet makanan. Manakala lapisan dalam berperanan membawa ion elektron (bercas negatif) untuk memepertenagakan hati itu sendiri (melalui rangsangan tenaga kelenjar pineal) supaya dapat menjalankan fungsinya secara semula jadi untuk memproses protein termasuklah dalam bentuk kolestrol tepu, perasa makanan, perwarna makanan atau penahan makanan yang dimakan.
Makanan yang digoreng dengan minyak zaitun tidak lah selazat dan harum seperti masakan yang menggunakan minyak kelapa sawit. Rasanya seperti berair.
Selepas makan makanan yang digoreng atau dimasak dengan minyak kelapa sawit, mata mudah menjadi kabur (akibat hati [NW12] terbeban dengan kolestrol). Berbeza dengan minyak zaitun, setelah makan, perut terasa ringan dan pengambilan makanan terasa puas hingga seseorang akan menghentikan makan sebelum kenyang (kesan daripada penguraian tenaga di bahagian hati oleh minyak zaitun).
Minyak masak yang lain (kecuali daripada bunga matahari) apabila digunakan berkali-kali, jumlah kolestrolnya akan terokdisa dan menjadi tepu serta kehilangan banyak air. Kesannya dapat dilihat minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Ia biasanya dipanggil tahi minyak dan masih boleh digunakan untuk memasak. Berbeza dengan minyak zaitun, ia boleh digunakan berkali-kali tanpa had. Minyak zaitun tidak akan mengalami penoksidaan, tidak akan tepu, tidak akan kehilangan air dan tidak akan berubah strukturnya dari segi perubahan warna dan bau walaupun telah digunakan berkali-kali.
Penghasilan minyak zaitun dengan cara cool compressed (tekanan sejuk) akan memastikan tenaganya terus kekal. Di pasaran, terdapat pelbagai variasi minyak zaitun. Hasil kajian daripada kaedah Colour Vibration Therapy mendapati setiap variasi tidak ada kelebihan atau kekurangan sebaliknya mempunyai keistimewaan tertentu yang unik. Minyak zaitun yang telah digunakan mempunyai ikatan molekul yang lebih halus dan amat bertenaga untuk mempertenagakan hati. Minyak yang baru digunakan mempunyai ikatan molekul yang amat mudah menguraikan toksik yang tersimpan di dalam hati.
Kolestrol kambing
Hampir tidak ada kewujudan protein di dalam daging kambing. Protein dalam kambing wujud dalam bentuk kolestrol lembut yang boleh mengurai kolestrol daripada sumber yang lain.
Penguraian kolestrol kambing berlaku dengan amat pantas secara pemecahan berdua-dua. Bagi mereka yang menghidap penyakit darah tinggi, pengambilan daging kambing akan menyebabkan kolestol di dalam darah akan diuraikan. Ia akan mengakibatkan isipadu darah dan seseorang akan mengalami kesakitan di bahagian kepala selama beberapa jam. Setelah itu, paras kolestrol dalam darah jatuh dengan mendadak.
Bagi mereka yang mengalami penyakit atau simptom darah tinggi, pengambilan daging kambing akan menyebabkan pembongkaran manakala bagi mereka yang sihat, pengambilan daging kambing dapat mencegah daripada berlakunya risiko darah tinggi.
Maklumat lengkap mengenai kambing sebagai terapi telah dilulis dalam post di blog ini bertajuk Therapy Kambing
Kurangkan Nasi
Nasi mengandungi karbohidrat malah pembekal karbohidrat utama penduduk dunia. Disamping memberi tenaga, karbohidrat berlebihan akan menyebabkan beberapa kesan sampingan. Berikut ialah antara kesan sampingan pengambilan karbohidrat dan keterangannya
Karbohidrat apabila bertemu dengan air akan membetuk asid lemak dan gula yang akan membebankan pankreas (NW15) dan meningkatkan berat badan.
Sehingga kini, saintis masih belum dapat merumuskan jumlah keperluan karbohidrat dalam sehari. Berikut ialah petua pengambilan karbohidrat:-
  • Jumlah pengambilan nasi hendaklah dikawal dan dihadkan. Makan separuh pinggan nasi dan lebihkan lauk pauk. Makan nasi cukup sekadar dua kali sehari iaitu siang sekali dan malam sekali.
  • Bagi mengelakkan pembentukan asid lemak berlaku dengan pantas, jauhkan air daripada nasi. Masak nasi dengan jumlah air yang dikurangkan. Nasi yang terbaik mestilah tidak begitu lembik.
  • Jangan ambil bubur nasi sama sekali. Ini adalah amalan pengambilan karbohidrat yang amat mudarat terutama bagi mereka yang sedang sakit. Penyakit yang sedia akan bertambah mudarat terutama bagi pesakit diabitis atau kencing manis.
  • Ketika makan nasi, elakkan menuangkan kuah atau melinangkan nasi di dalam kuah. Tuang kuah sekadar untuk menyedapkan nasi sahaja bukan untuk membasahkannya.
  • Selepas makan nasi, tunggu antara 10 ke 30 minit untuk minum (anda dapat rasakan sendiri tempoh masa nasi dihadamkan di dalam perlu). Elakkan minum sejurus selepas makan nasi. Untuk mengelakkan tercekek ketika makan atau rasa tekak melekat, jilat garam sebelum makan. Kunyah nasi hingga lumat sebelum telan.
  • Semasa proses penghadaman berlaku, tubuh perlu berada dalam keadaan berehat dan tegak. Jangan baring atau tidur selepas makan nasi.
  • Berfikir atau mengalum ketika makan akan mengganggu proses penghadaman. Nasi yang dimakan akan mudah menhadi asid lemak. Jangan makan nasi seorang diri. Makanlah bersama teman yang dapat mengelakkan hati berfikir ketika makan.
  • Elakkan makan nasi sambil mendengar radio atau menonton television kerana ia akan menyebabkan fikiran mengelamun dan vibration daripada setiap yang ditonton atau didengar akan turut dirakam dan dimakan bersama nasi.
Nasi itu sendiri sebenarnya mempunyai banyak masalah, antaranya ialah:-
  • Hampir kesemua beras telah digilap dan dilunturkan warnanya supaya kelihatan putih dan berkilat. Banyak zat di bahagian kulit padi dibuang atau dimusnahkan.
  • Nasi yang telah disimpan lama akan berkulat, punca gangguan sistem limpatik (NW12) dan gangguan kelenjar pineal (NW1)
  • Nasi yang diimport tidak mengandungi antidot untuk penduduk tempatan, ia akan membebankan hati (NW12).
  • Setiap nasi dari jenis yang berlainan mempunyai kadar penyerapan air yang berlainan, tubuh tidak mampu menyesuaikan diri setiap kali mengambil nasi yang berlainan. Ia boleh menyerap logam berat yang akan menjejaskan kejenjar pitutary (NW2) yang menjaga ingatan.
Dengan menggunakan kaedah Applied Kinesiology, anda boleh menentukan beras terbaik untuk diri dan keluarga anda. Pengambilan tepung gandum atau kekacang sebagai menggantikan nasi adalah tidak sesuai terutamanya dalam kuantiti yang banyak. Tepung gandum mempunyai serat yang tinggi dan tidak baik untuk usus, ia boleh menyebabkan apendiks atau masalah usus seperti sembelit dan buasir. Kekacang pula amat aktif mengurai mineral (termasuk logam berat) hingga asid folik dan mineral untuk kelenjar pitutary (NW2) yang menjaga ingatan juga akan diuraikan. Kentang yang digoreng dengan minyak zaitun adalah alternatif terbaik bagi menggantikan nasi. Kentang tidak menyerap air dan dapat mengelakkan pembentukan asid lemak. Pengambilannya hendaklah dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan mencampurkannya dengan perasa makanan sebaliknya gunakanlah garam bukit sebagai perasa yang selamat dan boleh diambil tanpa had dos.
Pemilihan makanan
Kaedah terbaik untuk memilih makanan ialah dengan memeriksa tenaganya (dengan menggunakan kaedah Applied Kinesiology) sama ada ia bertenaga untuk tubuh atau tidak.
Semasa membeli makanan, walaupun terdapat tanda Halal pada lebel makanan tersebut, hakikat sebenarnya kita tidak mengetahui sama ada ia betul betul Halal dan Suci untuk dimakan. Oleh itu, kaedah Applied Kinesiology adalah cara terbaik untuk menentukan tenaga makanan tersebut. Makanan yang tidak halal dan tidak suci tidak memberikan tenaga kepada kita.
Keheningan dapat membatu kedatangan instinct atau intuisi atau ilham atau gerak rasa untuk kita dapat memilih makanan yang bernar-benar bermanfaat bagi kita. Kadang kala kita tahu ia selamat bagi kita, tetapi kita tetap tidak berselera terhadapnya. Kadang kala kita tahu ia mudarat bagi kita kita tetapi amat berselera terhadapnya. Mungkin itu adalah penawar dan antodot bagi penyakit kita.
Cara terbaik ialah dengan berdoa kerana setiap rezeki itu telah ditentukan dan doa dapat menjadikan rezeki itu diberkati.
Pemilihan restoran
Biasanya kita tidak ada pilihan untuk menentukan restoran yang sesuai untuk dipilih, ia juga dapat ditentukan dengan menggunakan kaedah Applied Kinesiology.
Secara kasarnya kita boleh menetukan restoran itu sesuai untuk dipilih dengan membuat pemerhatian terhadap persekitaran restoran dan tukang masaknya. Pilihlah restoran yang dirasakan bersih dan pilihlah restoran yang tukang masaknya soleh dan berakhlak. Elakkan memilih restoran yang tukang masaknya suka meninggalkan solat atau merokok. Kerana vibration tukang masak tersebut akan turut masuk dan mengalir bersama-sama dengan makanan yang dimasaknya.
Warna hijau boleh mengaktifkan bakteria yang menjadi punca makanan mudah rosak dan keracunan makanan. Salah satu petua pemilihan restoran ialah, jangan masuk ke restoran yang memasang lampu berwarna hijau pada waktu malam.
Makanan terdedah
Makanan mempunyai ciri-ciri unsur senyawa atau kandungan elektron yang amat mudah bersenyawa dengan unsur di persekitaran. Persenyawaan makanan dengan persekiratan dipanggil pengoksidaan. Dalam bahasa yang mudah difahami, makanan yang didedahkan akan mudah terokdisa. Makanan terokdisa akan membentuk bahan karsinogenatik yang boleh menjejaskan sel dengan cara mengubah DNA dan RNA tubuh (ini salah satu punca keracunan makanan dan kenser).
Setiap kali makanan disediakan, tutuplah makanan tersebut. Makanan yang tertutup dapat mengelakkannya daripada terdedah kepada udara yang bergerak yang membawa bersama bakteria yang terdapat di udara. Penutupan adalah bebas asalkan matlamatnya ia tidak terdedah. Penutup yang terbaik ialah tudung saji berbentuk piramid keranan udara di dalam piramid terjaga dan hening. Makanan yang ditutup dalam tudung saji piramid akan kekal segar lebih lama berbanding dengan ditutup menggunakan tudung saji biasa.
Makanan dalam tin.
Tin yang digunakan untuk pembungkusan makanan akan distrilkan dengan radioaktif untuk menghapuskan kuman dengan boerkesan. Tin yang telah dipancarkan dengan radioaktif (sinar gama yang menyamai 300 juta kali x-ray di tubuh manusia) sebenarnya masih menyimpan gelombang tersebut kekal untuk tempoh lebih 100 tahun.
Makanan yang ditinkan didapati mempunyai struktur yang amat rapuh dan sangat reput walaupun pada tulang. Tulang tidak sepatutnya rapuh kerana strukturnya amat keras dan padat.
Kesan mengambil makanan dalam tin ialah tulang kita akan mudah menjadi reput kesan radioaktif yang masih tinggal di dalam tin.
Vitamin di dalam makanan tersebut pula telah musnah sepenuhnya dan yang tinggal ialah protein, garam dan sedikit asid amino.
Di negara barat, tin yang beradiasi dilebelkan, tetapi di Malaysia tidak ada walau satu pun tin yang dilebelkan beradiasi sedangkan kesemuanya beradiasi.
Kelebihan Ais
Tenaga daripada makanan akan bergerak dengan lancar dan mudah resonan jika wujud tekanan. Satu-satunya cara untuk mendapatkan tekanan ialah dengan mengamalkan meminum air berais.[ice+glass.jpg]
Cuma perlu diingat, janganlah minum air ais ketika perut masih penuh dengan makanan atau sejurus selepas makan. Minunlah ais setelah sekurang-kurnagnya 10 minit selepas makan atau jika anda merasakan perut telah menghadamkan makanan yang baru diambil.
Maklumat tentang kelebihan meminum air ais ditulis dengan lengkap dalam blog ini bertajuk Teori Tekanan.
Minum air berais ialah cara yang paling mudah, cepat, murah dan berkesan untuk mendapatkan teori tekanan.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang disampaikan. Maklumat ini adalah petua pemakanan untuk memudahkan proses merawat dengan kaedah Colour Vibration Therapy. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk sebarang jenis penyakit, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya;
Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT

No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
hubungi_saya
Tel / SMS: 012-4008972