26 September 2011

Permata hatiku ..... Sabar jea la...

Semalam dgn hari amat la menduga kesabaran...

Disebabkan tak nak buat apa yg alin suruh.. Mengamuk luqman semalam sampai tgn Mak dia nie dia gigit sekuat hati.. bila tunjuk kat dia blh dia kata "Mak Sakit!" sabar jea la.. Nak marah lebih2 bukannya dia faham pun...

Hari ni luqman buat snow! bukan snow ice tu .. Tapi snow bedak.. Dia susun dia punya Hot wheels set pastuh tuang bedak byk2 bak kata luqman " nak malaysia snow!" luqman! Luqman!

Hari nie productive gak la bebudak nie..dpt la satu buku abis luqman baca dgn buat maths sikit tapi mulut bebel jea la...sampaikan baca iqrak pun pun bebel " I hate focus!" Abis kalau x focus mcm mana nak ingat abg ooi! Dah la buat mak dia cam la robot ada suiz kat tengkuk! tau kena alin ckp cam tu? Sbb masa ajar dia ngaji tu, alin sebut dulu dia ikut. Tapi sbb geram mata dia melilau ngan kita sebut lain dia sebut lain, alin diam la.. Blh dia kata "Ha! Broken! No sound! " pastuh dia pegang tengkuk alin, picit2 gaya cam Ada suiz on/off. Pastuh ketuk2 mak. Sebiji cam gaya buat kat radio rosak! Bila alin bunyi, dia suka lak. Pastuh bila senyap lagi, dia buat lagi cam tu..rasa geram pun Ada, kelakar pun ye juga.. Abah dia dah buat muka cam nak tergelak da..Luqman.. luqman. Nasib baikla aida ok.. Lain masa kita cerita Hal Aida yea.. Mengantuk da nie..Ala.. Aircond rosak.. Tido luar lagi la..

Info benar yg berguna..

Tadi tetiba rajin nak clearkan email box yg dah beribu email junk nie. Jumpa balik email nie .. date dia 7/11/2005! lama tu...Meh kita bace sesama.. rasa2nya betul ke info nie?..


Fitz Joe <fitzjoe82@yahoo.com> wrote:


MAKLUMAT INI ADALAH BENAR


1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesankarsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yangmenyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.


 2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.


3. Cuba yang ni bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi). Banyakorang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkanCoke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap,anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi dari 'Health Corporation of Singapore'.


4. Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergiperiksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalamshampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahanini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive,Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.


5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'. Kalau istilah James Bond, 'Licence to kill!'


6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang
tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. 


Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.


Dah abis baca kan.. rasa-rasanya benar tak fakta nie??

23 September 2011

Masih berjaga malam...

Sekarang nie alin masih lagi dengan Adobe Dreamweaver tu.. merangkak-rangkak nak guna.. terlampau byk nak kena belajar lagi..terasa lambatnya otak nie absorb.. jadi spongebob kan best.....




18 September 2011

Progress anakku luqman..

Sejak pindah ke BPP nie.. dah lama tak check progress luqman.. so seminggu dua nie mula balik suruh luqman baca buku Little A-Z ngan mula balik suruh dia buat maths pre-school..Alhamdullillah... banyak da progress dia.. dia dah boleh baca buku Little Three & Little Four mase hari jumaat & sabtu ari tu.. 90% words dlm tu dia dah kenal.. cuma sikit2 jea ajar dia.. kira tak sampai 15 mins dia da abiskan satu buku tu..
Pre-school maths dia dapat buat hampir 8 pgs.. okay  la tu.. 

10 September 2011

Timbul semula! Haiiiiiiii!

Ceh! Intro cam happy gila2 lak alin... penat bebenonya.. dari semalam tak tdo lagi... Sebelum tu..

"Selamat Hari Raya Eidul Fitri ! 
Maaf Zahir & Batin"

Mai la dtg rumah tapi ckp awal2 kuih2 raya dah abis tau.. hehe bukan apa yg pemakan kuih raya kat rumah nie cik Aida sorang jea ngan mak dia nie jea.. abah dia ngan abg dia Luqman tu tak lalu kuih raya.. jadikan cerita.. separuh dah hantar rumah mak sebelum raya, separuh dah bawak ke rumah ma.. balance se bekas.. aida da bawak sekolah utk jamuan hari raya kat sekolah dia... yg tak bestnye ari nie dia da start merengget nak cookies .. "mak buat la cookies! mak buat la cookies"  dan ni la menambahkan rasa penatnya....... nie la cerita penat nye nie.. sebelum raya.. dok baca cookbook/ respi2  kat dapur .. balik raya.. flatttttttt...drpd pantai timur ke selatan mesia... terus demam...mak demam, anak demam..abah pun cam nak demam tapi terpaksa oak / tahan dulu.. .. 

semalam da kena mengadap lak cookbook lagi.. nie cookbook canggih lak Adobe Dreamweaver .. nolong cik suami dah tak cukup tgn nak siapkan demo program utk presentation pagi nie.. so apa lagi tenyeh la...semalaman.. sempat la half bake pagi tadi.. tak tau la ape ceritanya.. harap2 memuaskan la...Amin